PUTRAJAYA - Walaupun ada pihak yang mendakwa pemerintahan baru kerajaan Kelantan tidak selantang pentadbiran bekas Menteri Besar negeri itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa membidas dengan menyatakan tidak adil untuk menilai Datuk Ahmad Yaakob yang baru dilantik menjadi menteri besar negeri itu.
Menurutnya, rakyat perlu memberi masa kepada "pilot" yang baru untuk melakukan latihan dalam mengemudi pentadbiran di negeri tersebut.
"Dia baru lagi, Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sudah 23 tahun jadi menteri besar, seperti 'pilot' juga dia kena ada masa 'training' jadi masa dia berlatih untuk bawa untuk bawa kapal terbang itu.
"...kalau kita nilai sekarang tak kena, kapal terbang itu dok berjalan lagi jadi biarlah pilot baru ini tunjukkan kemampuannya sebelum ini," katanya pada sidang media yang diadakan selepas program Sempena Minum Petang dan Bicara Santai Putrajaya Bersamanya, hari ini, di sini.

No comments:
Post a Comment