Orang Melayu memang bodoh, ini semua sedia maklum. Kalau orang Melayu bijak, tidaklah Malaysia ini dimana mereka majoriti lebih dari 60%, pegangan ekonominya dikuasai sepenuh oleh orang Cina.
Tidak terkecuali dalam hal ini ialah bantuan banjir yang disampaikan Najib di Kemaman semalam. Bantuan berupa tilam, bantal, TV LCD dan Peti Sejuk (antara beberapa), tak terkecuali duit rasuah RM 500 seorang, ditatang macam minyak yang penuh oleh penerima bantuan yang berkenaan.
Walhal pernahkah siapa bertanya itu TV jenis apa, peti sejuk jenis apa? Mimpi sajalah nak dapat peti sejuk atau TV yang berjenama terkenal macam Samsung, Sony dan sebagainya, itu sudah pasti entah apa-apa brand yang dibaginya Najib.
Silap-silap, lebihan product reject kilang dari China, dipungut oleh Azeez Rahim (selaku penyelaras bantuan) dan kemudiannya diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa banjir berkenaan.
Yang bodoh ni (majoriti Melayu), terima sajalah dengan senang hati, siap berjanji lepas ini akan undi kerajaan Najib hanya sebab dapat TV, tilam dengan peti sejuk.
Apa ni? Bodoh sangat ke?
Takkanlah dek bantuan tak seberapa tu nak undi kerajaan Najib? Bukan besar mana pun TV dengan peti sejuk tu. Macam TV, betullah LCD, tapi aku dengar saiznya setakat 32" inci saja. Siapa yang pakai TV saiz kecil macam itu lagi dah sekarang?
Orang hari ini guna TV paling kecil pun 42", 5 ke 6 tahun lepas ramailah yang pakai 32" ni, tapi waktu ini mana ada lagi? Buat malu betul.
Peti sejuk jangan cakaplah, walaupun dua pintu, tapi terlalu kecil untuk satu keluarga lebih 4 orang guna. Jangan kata nak simpan daging, nak simpan sayur dan barang-barang lain pun belum tentu dengan saiz macam itu.
Malulah, dapat tak seberapa tapi rugi bertahun-tahun.
Pakatan Rakyat, kita boleh beri lebih besar dan lebih banyak dari itu pun. Macam kejadian banjir kilat dahsyat di Rawang beberapa minggu lepas, ada beberapa keluarga yang terlibat tu kerajaan negeri Selangor beri lebih banyak bantuan.
Banjir Kilat Di Rawang |
Bukan sahaja, TV dan peti sejuk, malah perabut, peralatan rumah turut diberikan kepada beberapa keluarga yang terlibat. TV yang aku cerita ni bukan yang tidak ada jenama seperti yang diserahkan Najib semalam, tapi ada brand, saiznya juga lebih besar.
Semua ini mampu diadakan kerana kewangan negeri yang kukuh dan urus tadbir yang cemerlang oleh Pakatan Rakyat selama memerintah Selangor.
Tak hairan kenapa di Selangor hari ini, ramai orang yang berdoa supaya rumah mereka ditenggelami banjir, sebab nakkan bantuan mewah yang diberikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat kepada mereka.
Banding dengan bantuan Najib semalam, macam langit dengan bumilah senang kata.
Aku harap sangat tidak ada penyokong Pakatan Rakyat yang tidak ikut serta menerima bantuan dari Najib semalam dan hari-hari mendatang. Kalau ada, lebih baik berhenti jadi manusia sajalah, buat malu kita semua, macam orang tidak ada prinsip!!
No comments:
Post a Comment