Tak ada bahasa lain yang boleh menggambarkan keputusan terbalik (flip flop) kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim dalam soal pembinaan Langat 2 ini melainkan, ia memalukan semua yang menyokong supaya projek ini tidak diteruskan dulu.
Masa itu, macam-macam Khalid cakap supaya projek Langat 2 ini tidak diteruskan, air cukup sampai 2019lah, ada cara untuk tambah sumber airlah dan sebagainya.
Habis semua blogger dan facebooker pro Pakatan Rakyat semua nampak jadi bodoh sebab mempertahankan keputusan Khalid untuk tidak meneruskan projek ini dulu.
Dah macam-macam yang kita cakap dan tulis, tau-tau dia pusing balik kenyataan itu. Kurang ajar sungguh.
Tak hairanlah kenapa Exco kerajaan negeri, Xavier Jeyakumar membantah keputusan semborono Khalid yang dibuat tanpa pengetahuan Exco. Yang jadi hairan, kenapa Setpol Khalid, Faekah pulak yang bising-bising, dia siapa?
Apakah andartu ini tidak sedar bahawa kuasa membuat polisi di Selangor adalah terletak kepada Exco negeri selaku badan pentadbiran tertinggi? Justeru, Khalid besar apa membuat keputusan sebesar ini (membenarkan Langat 2 diteruskan), tanpa terlebih dahulu memaklumkan kepada Exco?
Bukankah dulu sudah diputuskan bahawa projek bernilai berbilion ringgit itu kita mahu diserahkan kepada anak syarikat kerajaan negeri, PKNS sebagai kontraktor utama seperti mana dalam perjanjian asal sewaktu Selangor masih berada dibawah pentadbiran BN?
Apa Sudah Jadi? |
Selagi hak PKNS tidak dipulangkan seperti mana dalam perjanjian asal, selagi itulah Pakatan Rakyat Selangor sudah bersetuju tidak akan meneruskan pembinaan projek tersebut (kuasa meneruskan projek dibawah kerajaan negeri).
Aku tidak dengar pun ada apa-apa berita bahawa PKNS telah dikembalikan sebagai kontraktor utama? Selagi perkara itu tidak diputuskan, selama itulah projek Langat 2 tidak akan diteruskan.
Sekarang benar seperti kata Dr. Xavier, Khalid perlu jelaskan kenapa projek itu masih diteruskan bila hak PKNS sebagai kontraktor utama masih tidak dikembalikan oleh kerajaan persekutuan.
Ini isu besar sebab aku dengar dah ramai yang melobi untuk jadi sub kontraktor dalam projek tersebut sekiranya PKNS dikembalikan hak sebagai kontraktor utama. Majoriti mereka ini adalah penyumbang besar kewangan Pakatan Rakyat, dan amat malanglah kalau kelompok ini putih mata tidak dapat projek.
Atau Khalid ada kira-kira sendiri di belakang? Baik Khalid jelaskan kenapa keputusan ini ditukar, kalau tidak, perkara ini akan dibawa kepengetahuan SPRM.
Atau Khalid ada kira-kira sendiri di belakang? Baik Khalid jelaskan kenapa keputusan ini ditukar, kalau tidak, perkara ini akan dibawa kepengetahuan SPRM.
No comments:
Post a Comment