Friday, January 24, 2014

Isu Tuntut Cerai: Nurul Izzah Diminta Berehat, Henti Cabar Azmin


Kajian yang dijalankan sejak semalam menunjukkan, kes tuntutan cerai Nurul Izzah Anwar dengan suaminya yang mendapat perhatian ramai sekarang, mampu menjejaskan Pakatan Rakyat dari segi politik.

Ini setelah, maklumat terbaru yang aku terima menunjukkan bahawa kes penceraian ini bukan kes penceraian yang biasa, tapi ada beberapa 'kisah menarik' di belakangnya.

Dikatakan, selain suami Nurul Izzah, Raja Ahmad Shahrir itu sendiri ada masalah dan tabiat yang tidak berapa baik, Nurul Izzah pun ada kisah 'tersendiri' juga disebalik tindakannya memfailkan permohonan untuk membatalkan perkahwinan (fasakh).

Aku rasa artikel semalam yang boleh dirujuk disini, menjelaskan secara terperinci apakah dia masalah tersendiri Nurul Izzah yang dimaksudkan. Atas arahan pihak atasan, aku tidak dibenarkan untuk mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut lagi.

Tapi yang penting disini, isu ini boleh menyeret Pakatan Rakyat ke dalam kancah polemik politik yang tidak berkesudahan.  Melihat kepada beberapa 'babak' dari keseluruhan 'story board' berkaitan dengan isu tersebut dalam perbincangan semalam, aku dah mula risau.

Risau kalau polemik yang pernah melanda Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu, akan turut berulang dalam kes penceraian Nurul Izzah ini pula.

Jadi untuk mengelakkan masalah yang lebih panjang, aku gesa Nurul Izzah agar mengundurkan diri buat sementara waktu dari lensa umum, sehingga kes ini diputuskan di peringkat Mahkamah Syariah.

Dari apa yang aku difahamkan, proses itu akan mengambil masa yang sangat panjang dengan kedua-dua pihak diminta berunding sesama sendiri bagi menyelesaikan apa juga pertikaian yang berlaku di antara mereka.

Kalau ada penceraian dan ia selesai, akan ada pula kes penjagaan anak dan sebagainya, pendek kata akan berlarutanlah.

Melihat kepada itu, Pakatan Rakyat tidak mahulah apa pun perkembangan dalam kes itu nanti akan menjejaskan Pakatan Rakyat pula, sedangkan ini adalah isu peribadi Nurul Izzah dan suaminya semata-mata.

Tindakan mengundur diri buat sementara waktu, adalah yang terbaik.

Sebagai permulaan, Nurul Izzah perlu berhenti mencabar Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam pemilihan parti yang akan diadakan Mei nanti.  

Telah ada ura-ura bahawa Nurul Izzah akan mencabar kedudukan Azmin sebagai Timbalan Presiden atau Presiden parti (sekiranya Datin Seri Wan Azizah Ismail berundur dan tidak lagi mempertahankan jawatan).

Dalam proses itu, Nurul Izzah disebut-sebut akan bergandingan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim - sama ada sebagai kelompok yang membentuk pasukan atau dengan tujuan memecah undi.

Ini semua masih ura-ura, tapi dalam politik, apa saja boleh berlaku.  Sebaiknya, selesaikan semua masalah peribadi berkaitan, selepas itu aktiflah semula dalam politik.

No comments: