Pakatan Rakyat hari ini mendesak PKR supaya memecat ahli-ahli parti tersebut yang dirakam membakar bendera negara itu dalam satu demonstrasi yang diadakan di hadapan bangunan kedutaan Jepun Selasa lepas.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Sekretariat Pakatan Rakyat berpendapat, tindakan seumpama itu hanya menjejaskan nama Pakatan Rakyat diperingkat antarabangsa.
Sementara Pakatan Rakyat menyokong demonstrasi bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilarang dari memasuki Jepun Ahad lepas, tindakan membakar bendera negara tersebut adalah perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali.
Lagipun Pakatan Rakyat telah memutuskan, selain membuat bantahan, satu lagi bentuk tekanan yang akan dikenakan ke atas kerajaan Jepun, ialah dengan memboikot produk keluaran mereka.
Tindakan ini nampaknya berjaya kerana berdasarkan statistik terbaru yang dikeluarkan sebuah firma penyelidikan antarabangsa, eksport Jepun ke Malaysia sejak isu kempen boikot dijalankan, telah turun sebanyak hampir 20% - tidak sampai seminggu pun kempen!!
Itu saja sudah memadai, tidak perlulah sampai ke tahap nak membakar bendera ini semua.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah diarahkan oleh PKR untuk menyediakan laporan penuh tentang kejadian membakar bendera tersebut dan menyerahkan nama yang terlibat untuk tindakan selanjutnya.
Cuma, aku berharap PKR tidak berkasar sangat dengan semua mereka yang terlibat, takut nanti jadi isu perkauman pula (yang dirakam membakar bendera tersebut ialah ahli PKR berbangsa India).
Cuma, aku berharap PKR tidak berkasar sangat dengan semua mereka yang terlibat, takut nanti jadi isu perkauman pula (yang dirakam membakar bendera tersebut ialah ahli PKR berbangsa India).
Walaupun perbuatan itu salah, tapi niatnya baik, nak membantah tindakan biadap kerajaan Jepun menghalau Anwar keluar dari negara tersebut. Perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana Anwar bukan sebarang orang, beliau adalah bakal Perdana Menteri Malaysia.
Takkan bakal Perdana Menteri seperti Anwar, disetarafkan dengan penjenayah walaupun ada kes kesalahan lampau. Peraturan seperti ini tidak boleh diterima sama sekali.
PKR kalau nak pecat semua ahli terbabit pun, tak boleh pecat begitu saja. Mereka perlulah diberikan pampasan yang sewajarnya kerana kehilangan jawatan dalam parti akibat perbuatan salah yang dilakukan mereka untuk mempertahankan Anwar,
Shamsul Iskandar sendiri sebagai penganjur pun tidak boleh lepas tangan begitu saja. Dia pun perlu dikenakan tindakan hampir serupa, mungkin tak sampai ketahap di pecat, tapi cukup setakat surat tunjuk sebab.
Itupun sudah memadai.

No comments:
Post a Comment