Aku rasa Tan Sri Khalid Ibrahim seharusnya senyap dari membuat apa-apa kenyataan mengenai kos sara hidup di negeri Selangor.
Pengakuan Khalid di dalam Sinar Harian hari ini bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa terhad dalam penentuan harga barang keperluan, telah memberi jalan kepada pihak musuh untuk menyalahkan kerajaan negeri atas kenaikan harga barang yang dikesan berlaku di negeri ini.
Antaranya gas memasak di Petaling Jaya dan peralatan sekolah di Shah Alam.
Ini setelah aku difahamkan, kebanyakkan rungutan mengenai kenaikan dua jenis barangan tersebut hanya berlaku di kebanyakkan tempat dalam negeri Selangor, tidak di negeri-negeri lain.
Beberapa kenaikan itu pula dikaitkan dengan tindakan kerajaan negeri mengenakan caj pemajuan sebanyak 30% untuk setiap bangunan baru siap di negeri tersebut - termasuk bangunan perniagaan dan kenaikan caj lesen perniagaan yang dinaikkan sebanyak 400% baru-baru ini.
Begitu juga kenaikan cukai pintu melebihi 100% di beberapa tempat.
Semua kenaikan yang berada dibawah kawalan kerajaan negeri ini dikatakan telah mempengaruhi kos kenaikan harga barang di Selangor.
Perkara ini tidak pernah menjadi tumpuan sesiapa sebelum ini, tapi bila Khalid buat kenyataan itu yang kerajaan negeri juga ada peranan dalam penentuan harga barang (walaupun terhad), ia telah mula menjadi isu yang hebat di perkatakan di Internet.
Malah Khalid jangan lupa, kerajaan negeri Selangor baru sahaja menaikkan gaji beberapa jawatan penting dalam pentadbiran negeri tersebut melebihi 370% - tanpa mengambil kira tekanan hidup yang sedang dialami rakyat kebanyakkan di bawah.
Kini terdedah pula rahsia bahawa kerajaan negeri Selangor turut mempunyai peranan dalam kos kenaikan sara hidup?
No comments:
Post a Comment