Aku menerima dokumen yang menunjukkan bahawa pembelian kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng jenis Mercedez S300L dibuat tanpa melalui proses tender terbuka seperti mana yang sepatutnya.
Dokumen tersebut menunjukkan sebut harga dari syarikat Lowe Motors Sdn Bhd untuk pembelian kenderaan mewah tersebut yang bertepatan dengan kenyataan rasmi kerajaan negeri mengenai harga yang dibayar untuk kenderaan dengan nombor plat PG1 itu.
Memandangkan sebut harga ini tidak merujuk kepada sebarang tender yang dikeluarkan kerajaan negeri, aku beranggapan pembelian kenderaan mewah tersebut dibuat secara rundingan terus. Jika maklumat ini benar, apa sudah jadi dengan polisi kerajaan negeri mengenai tender terbuka sebelum ini?
Untuk makluman semua, ini adalah kali ketiga perkara seperti ini terdedah,
Sebelum ini, dalam soal membina terowong dasar laun dan jambatan ketiga Pulau Pinang juga, kerajaan negeri didapati menggunakan proses rundingan terus dalam penganugerahan kontrak pembinaan kepada sebuah syarikat dari China.
Begitu juga dengan projek tambatan banjir bernilai lebih RM 7 juta di Bukit Mertajam, juga didapati dilakukan secara rundingan terus.
Sementara aku tidak ada masalah dengan pembelian kenderaan mewah tersebut untuk kegunaan Guan Eng hanya 2 bulan selepas mendapat kenderaan Toyota Camry baru, keputusan mendapatkan kenderaan mewah secara rundingan terus ini amatlah memalukan Pakatan Rakyat.
Kerajaan negeri Pulau Pinang jangan terlalu berasa selesa dengan kemenangan besar dalam PRU13 yang lepas kerana sejarah membuktikan perkara itu boleh berubah dengan mudah sekali. Renungkan berapa kerusi BN pada 2004 dan berapa kerusi mereka pada 2008 bila Pakatan Rakyat mula mengambil alih.
Jika tidak dijaga dengan betul, keadaan itu boleh berlaku kepada Pakatan Rakyat pula.
Maka itu aku mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang atau lebih baik Guan Eng sendiri memberikan penjelasan mengenai perkara ini. Jika ini benar, kenapa, jika ini salah, aku minta maaf dan akan tarik balik artikel ini.
No comments:
Post a Comment