Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu dan merampas beratus-ratus kitab Bible berbahasa Melayu dari Persatuan Bible Malaysia di Damasara, telah menjatuhkan imej Selangor sebagai negeri sahabat Jesus.
Sejak kejadian JAIS menyerbu dan menangkap orang Islam yang berhijrah masuk ke dalam agama Kristian pada tahun 2011, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah berjanji kejadian serupa dan seumpama itu tidak akan berlaku lagi di negeri tersebut.
Malah Khalid juga berjanji akan memudahkan urusan orang Islam untuk keluar dari agama itu di Selangor, termasuk memansuhkan segala undang-undang yang menghalang perkara tersebut seperti Enakmen 1988 Undang-undang syariah Selangor, dalam soal pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.
Sebagai ganti, pihak Gereja telah berjanji akan menggunakan rangkaiannya di kalangan masyarakat untuk memastikan Pakatan Rakyat menang besar di Selangor dalam PRU13 yang lepas dan ternyata janji itu telah pun ditepati bila Pakatan Rakyat berjaya meraih majoriti 2/3 di Selangor.
Disamping menambah 7 lagi kerusi Parlimen berbanding tahun 2008. Semua ini boleh dilakukan kerana sokongan orang Gereja terhadap Pakatan Rakyat.
Tapi Khalid pula sebaliknya telah mencapati janjinya apabila serbuan semalam berlaku.
Khalid perlu tahu bahawa tindakan merampas Bible berbahasa Melayu ini telah menyakitkan hati penganut Kristian bukan sahaja di negeri tersebut, malah di seluruh negara juga.
Atas sebab itu, Pakatan Rakyat telah mengarahkan Khalid untuk menghadap Archbishop Emeritus Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam selaku Ketua Agama Kristian di negara ini dengan segera pagi ini untuk menjelaskan tindakan kurang ajar JAIS semalam.
Sebagai Exco Agama bagi negeri Selangor, Khalid tidak boleh memberi alasan tidak tahu akan operasi yang dijalankan JAIS itu, walaupun aku tahu JAIS berada dibawah bidang kuasa Sultan Selangor selaku Ketua Agama di negeri itu.
Tapi kalau benar Khalid tidak ada kuasa langsung ke atas, maka seharusnya Khalid membubarkan saja portfolio Exco Agama itu. Buat apa ada portfolio tersebut kalau tidak boleh bertindak ke atas JAIS - memberi gambar seolah-olahnya Selangor diperintah oleh 2 kerajaan pula.
Biar gaji JAIS dibayar oleh Sultan Selangor dan kerajaan negeri jangan masuk campur langsung.
Yang nyata, semua penganut agama Kristian terasa ditipu oleh Khalid dan aku percaya banyak yang perlu Khalid jelaskan kepada Archbishop Pakiam pagi ini.
.
No comments:
Post a Comment