Thursday, January 9, 2014

PR Akan Pastikan Tiada Hiburan Di Putrajaya

Buat pertama kali dalam sejarah, Majlis Presiden Pakatan Rakyat telah membuat keputusan yang agak pelik pada mata sesetengah orang - tiada hiburan di Putrajaya bila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan nanti.

Perubahan ini adalah lanjutan dari kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam yang bersetuju supaya hiburan diadakan di Putrajaya untuk menghidupkan bandar tersebut, terutama di waktu malam.

Dalam kenyataannya semalam, Mahathir mahu melihat Putrajaya menjadi bandar yang menjadi inspirasinya untuk membangunkan Putrajaya dulu, Champ-Elyees di Paris.

Aku pun tak tahu sejak bila Putrajaya diilhamkan dari Champ-Elyees, setahu aku rekabentuk Putrajaya ialah ilham Mahathir sendiri tanpa merujuk kepada mana-mana tempat di dunia, dan kalau ada pun, tempat itu mestilah yang bercirikan Islam.

Tak mungkin Mahathir nak mencalar 'kehebatannya' dengan mengaku meniru orang lain.  Jadi ada kemungkinan Mahathir menggunakan sifatnya yang terkenal di seluruh dunia - sarkastik.

Lantaklah sarkastik atau tidak, yang penting Pakatan Rakyat tidak boleh ikut pandangan Mahathir, dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara.

Sebab itu bila Mahathir bersetuju untuk hiburan diadakan di Putrajaya, Pakatan Rakyat mesti buat keputusan sebaliknya, tidak boleh sama.

Walaupun keputusan ini mungkin mengecewakan ramai orang, terutama pengundi cina yang menjadi tulang belakang sokongan kepada Pakatan Rakyat, tapi aku percaya keputusan ini hanya bersifat sementara, disamping mengelak sebarang kaitan dengan kemarahan orang Melayu ke atas BN berhubung cadangan tersebut.

Politik ini kita kena bijak.  Bila nampak rakyat marah dalam satu-satu isu ke atas parti lawan, jangan kita pulak pergi hulur leher untuk dijerut sekali, itu kerja bodoh namanya.

Tak apalah kalau buat keputusan kurang popular, lagipun bukan kita kerajaan lagi, kalau dah jadi kerajaan nanti, itu cerita lain.

Masa itu, apa keputusan perlu mengambil kira orang bukan Islam sekali, apatah lagi bila Putrajaya itu dipenuhkan dengan orang bukan Islam, tak macam sekarang, 90% Melayu.

No comments: