Thursday, January 9, 2014

Kedah Negeri Miskin, Tidak Layak Ambil Pulau Pinang

Ura-ura kerajaan Kedah mahu mengambil semula negeri Pulau Pinang semakin bertiup kencang kebelakangan ini.  Entah dari mana dan bagaimana ia bermula, tapi perkara itu sudah jadi perbualan hangat di media sosial.

Aku sendiri yakin, perkara ini timbul setelah BN cemburu dengan kejayaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menguruskan negeri tersebut sehingga menjadi maju dan kaya, di sebalik kemerosotan dalam pencapaian ekonomi dan pelaburan asing.

Disamping kepercayaan ramai orang bahawa dengan situasi politik semasa, tidak mungkin BN akan kembali menjadi kerajaan di Pulau Pinang.  Jadi ambil jalan mudah ialah letakkan kembali Pulau Pinang di bawah Kedah yang kembali dikuasai BN Mei lepas.

Kebetulan kerajaan Penang masih membayar 'sewa' kepada kerajaan Kedah sebanyak RM 10,000 setahun sehingga sekarang.

Maka itu timbul soal nak meletakkan semula Pulau Pinang dibawah kekuasaan Kedah, seperti mana sebelum negeri tersebut dipajakkan kepada Francis Light dan dijadikan negeri Selat semasa pemerintahan British.

Sementara aku tidak menyanggah fakta sejarah bahawa Pulau Pinang pada satu ketika pernah berada di bawah Kedah, tapi aku juga mahu semua orang tahu bahawa Kedah juga pada satu ketika pernah berada di bawah naungan Siam!!

Apakah wajar dengan faktor itu, Kedah juga dikembalikan ke bawah pemerintahan Siam?  Kalau tidak wajar, maka soal nak meletakkan semula Penang di bawah Kedah ini pun tidak seharusnya di bangkitkan lagi.

Dulu, dulu punya hal lah, sekarang Penang dah stabil dan boleh beroperasi sendiri tanpa berada di bawah naungan mana-mana negeri.

Jika perkara ini diteruskan, aku bimbang akan muncul pula desakan agar Penang menuntut kemerdekaan dan menjadi sebuah negara baru.  Ini tidak mustahil kerana status sebagai negeri Selat dibawah pemerintahan British dulu masih tidak berubah.

Status sebagai negeri Selat bukan setakat melarang sesiapa dilantik menjadi raja di negeri tersebut malah memberikan Penang status wilayah autonomi seperti Sabah dan Sarawak.

Malah di Britain sendiri pada waktu ini, ada undang-undang yang mengiktiraf rakyat di negeri-negeri Selat sebagai rakyat British juga!!

Selain itu Kedah juga sebuah negeri mundur sejak diperintah semula oleh BN.  Tidak sewajarnya wilayah semaju Penang diletakkan dibawah pemerintahan kerajaan yang mundur serba serbi, tak adil pada rakyat Pulau Pinang yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan.

No comments: