Semua penganut agama Kristian di Selangor yang merangkumi 25% dari jumlah keseluruhan rakyat negeri tersebut, mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri itu yang menghukum Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), atas tindakan kurang ajar mereka merampas beratus Bible dari Persatuan Bible Malaysia minggu lepas.
Dua arahan baru yang dikeluar kepada JAIS - memaklumkan kerajaan negeri sebelum melakukan operasi dan memulangkan semula Bible yang dirampas, adalah satu tindakan yang sangat sesuai pada masanya.
Dapat jugalah kerajaan negeri mengembalikan semula imej yang tercemar dari tindakan tidak bertamadun yang dilakukan JAIS. Maklumlah, suka atau tidak, JAIS masih agensi dibawah kerajaan negeri.
Walaupun ada yang sangsi sama ada arahan ini boleh dilaksanakan atau tidak kerana JAIS masih berada dibawah bidang kuasa Sultan Selangor (bukan kerajaan negeri), tapi aku rasa, sudah sampai masanya kuasa sebenar dipulangkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.
Bukan kuasa lain yang tidak berpaksikan kepada demokrasi dan di Selangor, rakyat telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan. Sewajarnya peranan dan tindak tanduk JAIS diletak dibawah Exco negeri untuk memantaunya.
Maka itu, untuk mengukuhkan lagi arahan ini dan mengelakkan ia diabaikan JAIS begitu sahaja, aku mencadangkan agar Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan Speaker DUN Selangor, memanggil sidang khas DUN bagi meminda artikel berkaitan dalam undang-undang tubuh negeri.
Dalam masa yang sama, peluang itu boleh digunakan untuk menghapuskan Enakmen 1988 yang menjadi penghalang kepada agama Kristian untuk berkembang di kalangan orang Islam.
Jika perkara ini tidak dilakukan segera, aku bimbang lebih banyak tindakan sama oleh JAIS dimasa hadapan, yang mana kalau tidak dikawal boleh menyebabkan rakyat Selangor hilang kepercayaan ke atas negeri tersebut, terutama di kalangan bukan Islam.
UMNO sebagai parti pengacau di Selangor pasti akan mengambil kesempatan di atas isu ini untuk mengukuhkan pengaruh mereka di kalangan orang Melayu. Bahkan pada saat artikel ini ditulis pun, sudah ada blog blog UMNO yang menuduh Exco Selangor kini berada dibawah pengaruh Kristian.
Justeru, hanya ada satu cara saja untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan meramaikan penganut agama Kristian di kalangan orang Melayu, dan tidak ada cara lain dimana ini boleh dilakukan, melainkan dengan menghapuskan Enakmen 1988 tersebut.
No comments:
Post a Comment