Wednesday, January 29, 2014

Rumah Urut Kekal Jika Anwar Jadi MB


Antara kebimbangan masyarakat Cina di Selangor ialah, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, semua rumah-rumah urut di negeri tersebut akan ditutup kerana Anwar terkenal sebagai pemimpin Islam di seluruh dunia.

Dahlah seorang wakil kaum cina berkurangan di DUN Selangor bila kekosongan tersebut diisytiharkan untuk digantikan dengan Anwar, punca pendapatan utama mereka pula berada dalam keadaan bahaya.

Inilah yang meresahkan mereka.

Suka aku nak menyatakan disini, perkara itu tidak akan berlaku sama sekali kerana Anwar, disebalik imej sebagai pemimpin Islam, turut menyokong hak asasi manusia sejagat, termasuk dalam soal seperti pembukaan rumah-rumah urut.

Come on la, Anwar, walaupun dengan imej pemimpin Islam, beliau menyokong hubungan sejenis, asal saja diadakan di kawasan tertutup, takkanlah rakyat Selangor nak berurut, beliau nak larang?  Urut saja pun, bukan buat apa. 

Tindakan Anwar nak mengambil alih kerajaan Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim pun, bukanlah sebab Anwar marah dengan pertumbuhan rumah-rumah urut di Selangor yang menjadi isu, tapi kerana cara Khalid menguruskan negeri tersebut, tidak setaraf dengan status Selangor sebagai negeri maju.

Itu saja.

Lagipun rumah-rumah urut ini telah terbukti mendatangkan keuntungan yang banyak kepada kerajaan negeri melalui hasil kutipan cukai, selain membuka banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan.  

Memang tukang-tukang urut kebanyakkannya di bawa masuk dari negara China, tapi selain dari itu, semuanya diuruskan oleh warga tempatan.

Jika diperhatikan, kebanyakkan kawasan perniagaan baru di Selangor ini mendapat sambutan kerana kewujudan rumah-rumah urut ini.  Tanpa rumah urut, potensi kawasan perniagaan baru nak mendapat sambutan, agak berkurangan.

Rakyat Selangor juga bertambah sihat kerana badan mereka sentiasa 'diservis' oleh tukang urut berpengalaman setelah penat menghadap tugasan yang bertimbun di pejabat dan sebagainya.

Oleh yang demikian, amat tidak masuk akal sama sekali Anwar nak menutup bidang perniagaan yang dikuasai oleh orang Cina ini.  

Di Kajang sendiri ada beratus rumah urut dibuka sejak Pakatan Rakyat memerintah pada tahun 2008, tidak ada masalah pun.

Tak ada apa yang perlu ditakutkan.

No comments: