Wednesday, January 8, 2014

Silap Tweet: PEMANDU Punca Kerajaan Dalam Mode AutoPilot?

Salah satu kelemahan pentadbiran Najib Tun Razak yang ramai dikalangan orang UMNO sedar ialah terlalu percaya dengan agensi seperti PEMANDU yang ada kegemaran menggunakan konsultan yang dibayar berbilion ringgit untuk menyelesaikan masalah kecil kerajaan  - seperti menghantar Tweet!!

Dalam satu insiden yang berlaku kelmarin, konsultan dilantik PEMANDU untuk mengendalikan akaun Twitter berkaitan program ETP (Economic Transformation Program), tersilap meletakkan perkataan 'former Prime Minister' ketika merujuk kepada Najib dalam satu tweet mengenai subsidi makanan.

Tak pasal-pasal Najib dikata dah berhenti dan Himpunan Guling kerajaan pada malam tahun baru dulu telah berjaya mencapai sasaran.

Mana yang prihatin, begitu teruja dengan perkara tersebut dan sibuk nak tahu betul atau tidak Najib telah meletakkan jawatan.  Walhal kita semua tahu, perletakkan jawatan Perdana Menteri bukan cerita kecil, tapi cerita besar, boleh declare cuti umum tu.

Bagaimanapun itulah yang berlaku, begitu ramai orang teruja dan mengharapkan Tweet berkenaan betul-betul berlaku!!

Rupanya satu kesilapan dan khabarnya konsultan berkenaan pun dah ditamatkan perkhidmatan, senang, mudah, macam keluar masuk tandas.

Semua ini bagaimanapun seharusnya jadi pengajaran kepada Pakatan Rakyat untuk tidak meletakkan hal-hal sepenting ini di tangan pihak konsultan atau agensi yang diragui kesetiaannya kepada kerajaan seperti PEMANDU.  

Isu ini mungkin nampak remeh, tapi dalam era IT hari ini, apa yang keluar dari Twitter dan Facebook, boleh menjadi perkara penting.

Satu lagi teladan yang penting ialah Pakatan Rakyat perlu menyerahkan hal-hal penting berkaitan kerajaan yang ada kaitan politik, kepada orang politik juga, jangan jadi macam kerajaan BN sekarang dengan PEMANDU.

Idris Jala Yang Mengetuai Pemandu
Dalam kes PEMANDU, agensi ini diketuai oleh Idris Jala yang tidak punya latar belakang politik sama sekali.  Apa yang penting kepada bekas CEO MAS ini ialah untung rugi, apa nak jadi pada rakyat, itu cerita belakang.

Itu yang banyak keputusan kerajaan hari ini jadi beban kepada rakyat, macam rasionalisasi subsidi dan sebagainya.  Orang susah makin senang, orang senang pulak semakin susah, tak betul macam itu.

PEMANDU pula, bukan uruskan sendiri hal yang 'diswastakan' kerajaan untuk mereka menguruskannya, mereka sub pula urusan itu kepada orang lain pula dengan melantik konsultan luar, walaupun dalam soal nak menghantar Tweet!!

Ini dah jadi kes auto pilot, bukan PEMANDU lagi dah.  Kita suruh dia uruskan, dia bagi orang lain pula lagi, bukan kerja gila ke tu?  Bila berlaku kesilapan macam ini, terminate konsultan tu, apa PEMANDU tak terminate diri sendiri?

Malaysia sepatutnya tidak perlu agensi seperti PEMANDU.  Dah cukup dah apa yang ada di bawah Jabatan Perdana Menteri sekarang, seperti EPU dan sebagainya, kenapa nak tambah masalah lagi dengan bayar banyak duit untuk agensi seperti ini?

Pakatan Rakyat bila jadi kerajaan di peringkat persekutuan nanti, harap tidak ulang kesilapan sama.  Bila kita memerintah nanti, PEMANDU harus ditutup dan kakitangannya dibuang.  

Lagipun PEMANDU diwujudkan semasa era Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri.

Abdullah pula memang semua orang tahu, kaki tidur, tak hairanlah wujud PEMANDU untuk urus negara bagi pihak dia.  Pakatan Rakyat tak boleh kekal legasi macam ini, nanti rakyat marah.

No comments: