Pendek, ringkas tapi eksklusif!!
Sumber yang boleh dipercayai memaklumkan Pakatan Rakyat bahawa mesyuarat pertama kabinet bagi tahun 2014 sebentar tadi telah memutuskan untuk menaikkan kadar tol di 13 buah konsesi lebuhraya dalam bandar, berkuatkuasa pada 15 Januari ini.
Kadar yang dinaikkan pula antara 30% hingga 100% - bergantung kepada keputusan kajian semula syarikat konsesi terbabit setelah kadar tol tidak dinaikkan mengikut perjanjian konsesi atas arahan kerajaan untuk beberapa tahun kebelakangan ini.
Ternyata keputusan kabinet ini menepati ramalan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa kadar tol memang akan dinaikkan, cuma bukan pada 1 Januari seperti yang digembar-gemburkan sebelumnya, sebaliknya 15 Januari nanti.
Pedulilah 1 Januari atau 15 Januari, isu utamanya disini ialah tol akan naik, dan telahan itu ternyata benar.
Apa pun aku ucapkan tahniahlah kepada kerajaan BN atas keputusan yang 'mesra rakyat' ini. Buatlah banyak lagi, naik tol, naik minyak, hapus subsidi sana sini, senang sikit kempen Pakatan Rakyat dalam PRU14 nanti.
Silap-silap tak payah susah-susah kempen pun, dengan semua kenaikan ini, automatik saja Pakatan Rakyat akan menang dan mudah rampas Putrajaya.
Najib boleh jadi ketua pembangkang, atau paling tidak bekas Perdana Menteri yang hanya layak dimasukkan dalam sejarah, itupun kalau tak masuk penjara dulu.
Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat sudah boleh menggerakkan gelombang demonstrasi baru bagi membantah keputusan kerajaan ini. Aku yakin, demonstrasi kali ini pasti akan mendapat lebih banyak sambutan berbanding malam tahun baru yang lepas.
Boleh juga ditebus 'kemaluan' hari itu yang gagal tarik berjuta-juta rakyat untuk menghadirinya. Cuma kali ini aku harap buat betul-betullah, jangan serah pada budak-budak macam itu hari. Nanti buat malu Pakatan Rakyat lagi.
No comments:
Post a Comment