Tiga orang ADUN DAP Selangor iaitu Lau Weng Seng, ADUN Kampung Tunku; Rajiv Rishyakaran, ADUN Bukit Gasing; dan Yeo Bee Yin, ADUN Damansara Utama, diharap tidak patah semangat dengan pelbagai bantahan berhubung cadangan meminda perlembagaan negeri untuk menghapuskan kuasa JAIS yang diperuntukkan di bawah Enakmen 1988.
Usul itu perlu diteruskan - tak semestinya diluluskan, tapi yang penting adalah diadakan perbahasan di dalam DUN mengenainya. Dari situ, tahulah kita nanti pandangan rakyat macam mana (melalui wakil mereka).
Walaupun ada bantahan dari PAS, terutama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, tapi anggap saja itu dugaan kecil yang perlu dihadapi dalam setiap perjuangan.
Lagipun kita semua tahu, Khalid menang di Shah Alam kerana undi penganut agama Kristian, dia banyak cakap, DAP akan letak calon tanding disitu dalam PRU14 nanti, kita tengok Khalid boleh menang atau tidak.
Apa pun aku nak tegaskan disini, Khalid selaku ahli Parlimen, tidak ada hak nak bersuara dalam soal ADUN nak memberikan pandangan atau membuat usul dalam persidangan DUN nanti. Tugas Ahli Parlimen dan ADUN berbeza, walaupun nampak macam sama.
Selaku Ahli Parlimen, Khalid Samad perlu fokus kepada isu-isu nasional dan persekutuan, sementara isu negeri akan ditangani para ADUN. Sebab itu ada pemisahan dewan, tak bolehlah yang Parlimen nak masuk DUN dan sebagainya.
Kalau Khalid Samad anggota kedua-duanya (DUN dan Parlimen), itu lain cerita.
Tapi pengajaran dari kejadian ini adalah, Khalid ini orang yang tidak boleh dipercayai. Dia pecah rekod sebagai pemimpin pertama PAS yang masuk berceramah di Gereja sebaik menang pada 2008, sekarang dia juga pecah rekod kerana jadi pemimpin pertama bantah usul pindaan perlembagaan Selangor dalam isu serbuan JAIS.
Pandai adik Shahrir Samad ini bermuka-muka. Aku dah kata dulu dah, kalau benih UMNO, campaklah mana pun, dia akan tumbuh jadi benih UMNO juga, walaupun kononnya pakai baju PAS.
Aku dimaklumkan dalam jangka masa terdekat, Speaker Dewan, Hannah Yeoh akan memanggil sidang khas bagi meminda perlembagaan negeri dan menghapuskan kuasa JAIS ini.
Pada masa itu, trio DAP ini perlu berani ke depan dan membuat usul tersebut untuk dibahaskan. Jangan patah semangat, yang penting, hak Kristian untuk menyebarkan agama itu di kalangan orang Melayu, perlu diteruskan, tanpa ada gangguan dari JAIS.
No comments:
Post a Comment