- Rafizi (tengah) menyampaikan ucapan ketika menghadiri Himpunan Turun 2.0 di Bandar Sunway, Seberang Jaya semalam.
BUTTERWORTH - Bantahan aman akan diadakan di lokasi-lokasi terpilih setiap bulan sehingga 1 Mei hadapan sebagai tanda protes selagi harga barang masih tidak turun.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, bantahan itu akan berterusan selagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dihapuskan dan harga barangan keperluan rakyat tidak diturunkan.
“Satu perhimpunan besar-besaran akan dibuat di ibu negara pada 1 Mei dan semua rakyat diminta turun berikan sokongan bagi memastikan suara kita didengari pemimpin.

“Perhimpunan ini tidak ada kena mengena dengan peristiwa 13 Mei seperti yang didakwa sesetengah pihak, malah berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak,” katanya ketika menghadiri Himpunan Turun 2.0 di hadapan pintu masuk pusat beli-belah Sunway Carnival, semalam.
Kira-kira 500 penyokong yang terdiri dari pimpinan parti politik dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenakan pakaian berwarna hitam dan kuning mendengar ucapan yang disampaikan sebelum berarak kira-kira satu kilometer sambil membawa pelbagai poster dan kain rentang.
Beberapa individu termasuk kanak-kanak turut berarak sambil membawa kangkung dan melaungkan protes sempena bantahan anjuran Langgar, Turun dan beberapa NGO lain.
Polis turut memantau dan membantu mengawal lalu lintas sepanjang bantahan yang berlangsung berlangsung dengan aman.
Rafizi mendakwa, tindakan perdana menteri yang bertalu-talu mengumumkan kenaikan harga barangan adalah tidak bijak dan menimbulkan kemarahan rakyat.
“Masing-masing sudah pandai menilai tindakan yang diambil kerajaan kerana walaupun negara kita kaya dan penuh dengan pelbagai sumber, namun kenaikan harga keperluan asas seperti petrol, elektrik dan gula membebankan rakyat.
“Isu ini adalah isu rakyat dan bantahan yang diadakan ini merupakan platform untuk menyuarakan pandangan kami,” katanya.
No comments:
Post a Comment