Hujung minggu sudah, aku berborak dengan beberapa pemimpin Cabang PKR di sekitar Selangor. Sajalah nak dapatkan maklumat tentang beberapa perkembangan semasa membabitkan parti tersebut yang jadi perhatian umum sekarang ini.
Antaranya, episod penceraian Nurul Izzah dengan suaminya, Raja Ahmad Sharir.
Ramai percaya ada orang yang bocorkan cerita penceraian terbabit kepada media sebab asal ceritanya tak siapa tahu pun proses penceraian itu sedang/sudah berlaku. Hanya sebahagian kecil orang saja yang dimaklumkan tentang perkara tersebut.
Tapi tiba-tiba maklumat itu terbocor keluar, siap dokumen Mahkamah lagi untuk membuktikan proses penceraian itu memang sudah berjalan sejak dari bulan Disember. Siapa punya kerja, inilah yang jadi persoalan sekarang.
Aku sendiri menjangka, lebih banyak episod serupa akan berlaku selepas ini, terutama pada waktunya pemilihan semakin hampir, kalau Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Nurul Izzah sendiri berkeras untuk mempertahankan jawatan masing-masing atau mencabar peringkat lebih tinggi (Nurul Izzah).
Dikatakan bukan Nurul Izzah sahaja yang sedang mengalami masalah rumah tangga, malah ada seorang lagi anak Wan Azizah juga sedang menghadapi masalah yang sama. Tak sebut lagi tentang punca perbalahan Wan Azizah dan anak lelaki tunggalnya, Ehsan sehingga Ehsan berkelana ke New York sehingga kini.
Musuh-musuh politik Wan Azizah dalam PKR, akan menggunakan semua isu-isu tersebut untuk menjatuhkan imej Presiden PKR tersebut dan ini sudah tentu tidak baik untuk masa depan parti dan imej Wan Azizah sendiri.
Sebagai jalan keluar, mungkin sudah sampai masanya Wan Azizah mengkaji semula kedudukkannya dalam PKR, terutama setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin kukuh kedudukkannya dalam parti dan di peringkat nasional.
Dulu mungkinlah, Wan Azizah diperlukan sebagai Presiden untuk meneruskan legasi Anwar yang pada ketika itu ditahan di dalam penjara atas kesalahan salah guna kuasa dan dakwaan meliwat, tapi kali ini keadaannya sudah berbeza sama sekali.
Sudah ramai pemimpin PKR yang dulu muda dan mungkin tidak layak, kini sudah matang dan terbukti dalam banyak hal boleh mengambil alih tampuk pentadbiran PKR, antaranya, Timbalan Presiden, Azmin Ali.
Di tangan Azminlah terletaknya masa depan PKR. Bersama-sama Anwar sebagai Ketua Umum, PKR akan lebih mendatangkan ancaman kepada UMNO dan BN dalam PRU14 akan datang serta PRU-PRU yang seterusnya.
Cadangan ini bukan apa, untuk menyelamatkan maruah dan harga diri Wan Azizah juga sebagai pengasas kepada reformasi politik di negara ini disamping mengukuhkan parti dalam masa yang sama.
Kita tidak mahulah kerana perebutan jawatan politik oleh generasi baru PKR hari ini, semua jasa tersebut dilupakan begitu saja.
Harap dapat perhatian dan tindakan lanjut dari Datin Seri.

No comments:
Post a Comment