Wednesday, February 5, 2014

Anwar: Saya tak tersinggung dengan tohmahan

  • Anwar: Saya tak tersinggung dengan tohmahanAnwar di Majlis Bersama Pemimpin Masyarakat Daerah Hulu Langat, di Dewan Orang Ramai Taman Mesra Kajang, kelmarin. Abdul Khalid dan Azmin turut hadir.
 1 / 1 
KAJANG - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak tersinggung dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya sejak diumumkan sebagai calon PKR di Dun Kajang.

Menurut Anwar, beliau memahami ramai terkejut dengan keputusan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan Adun Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding.

“Apabila nama saya diumumkan, pelbagai reaksi diterima. Ada yang kecam dan bingung dengan pendirian PKR sehingga tempias kepada (Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul ) Khalid (Ibrahim) dan (Pengerusi PKR Selangor) Azmin (Ali).


“Ada juga yang pelik Anwar daripada pemangku perdana menteri mahu jadi Adun. Saya tidak terasa. Bagi saya, apa saja jawatan dan amanah yang ALLAH SWT takdirkan, saya terima,” katanya ketika berucap dalam majlis bersama pimpinan masyarakat Daerah Hulu Langat, di sini, kelmarin.

Beliau berharap agar tiada lagi yang mempertikaikan keputusannya bertanding di Selangor.

“Memang saya bukan anak Selangor, tapi saya tinggal puluhan tahun di sini.

“Dalam politik di Malaysia sekarang ini, Selangor dan Pulau Pinang perlu diberi tumpuan selepas kejayaan di Kelantan,” katanya.

Beliau turut menafikan PRK Dun Kajang terpaksa dilakukan bagi meleraikan pergeseran antara Abdul Khalid dan Azmin.

“Tak betul PRK ini kerana pergeseran dua tokoh. Takkanlah saya nak masuk campur sehingga ada orang perlu letak jawatan,” katanya.

No comments: