Monday, February 3, 2014

Anwar yakin tak berlaku undi protes

  • Anwar yakin tak berlaku undi protesAnwar (kanan) berucap pada majlis perjumpaan bersama NGO Islam Kedah.
 1 / 1 
ALOR SETAR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin tidak berlaku undi protes terhadap dirinya, ekoran tindakan PKR mengosongkan kerusi Dun Kajang bagi membolehkan pilihan raya kecil (PRK) diadakan.

Menurutnya, siri penjelasan yang dibuat berterusan sejak Adun Kajang, Lee Chin Cheh melepaskan jawatannya itu 27 Januari lalu diyakini akan diterima baik oleh pengundi di Kajang.

“Kita akan perjelas kenapa tindakan itu diambil termasuk melalui kempen pilihan raya yang akan dibuat kelak. Jangan dengar ulasan pihak luar. Saya rasa tindakan itu munasabah, penjelasan lanjut akan saya buat esok (hari ini) seperti yang saya janjikan,” katanya, pada sidang media, selepas majlis perjumpaan dengan NGO Islam Kedah, semalam.


Menurutnya, parti itu yakin pada pengundi sedia ada yang memberi kemenangan kepada PKR pada PRU13 lalu, dan percaya undi protes bagi melahirkan rasa marah serta kecewa terhadap strategi PRK itu tidak menyebelahi pihak lawan.

“Saya ada terima pelbagai reaksi. Ada teguran membina dan juga mohon penjelasan kenapa pilih Kajang. Semua akan terjawab nanti. Kita ambil pendekatan buat penjelasan dan sudah mula menjelajah untuk itu,” katanya.

Anwar berkata, setakat ini, maklum balas yang didapati daripada siri penjelasan itu diterima baik semua pihak.

No comments: