Monday, February 3, 2014

'Baby Bump' Siapa Punya?


'Baby Bump' atau benjolan pada perut bagi perempuan baru-baru mengandung ini bukanlah satu perkara yang asing bagi yang dah berkahwin.

Tapi 'baby bump' pada perut orang yang dikatakan sudah sah bercerai?  Itu sudah jadi lain.

Ini merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan beberapa pihak berhubung seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang baru-baru ini disahkan sudah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, tapi dikesan mempunyai 'baby bump' pada perutnya.

Persoalannya sekarang, milik siapa baby itu?  Takkan bekas suami, sebab dengar kata dah tak duduk sebumbung beberapa bulan sebelum disahkan bercerai Disember lepas?

Orang yang mempersoalkan perkara tersebut kepada aku, tidak bercakap kosong dalam hal ini, tapi merujuk kepada sekeping gambar yang sedang bertebaran di media sosial dimana jelas menunjukkan kewujudan 'baby bump' tersebut.

Memang kalau nak diikutkan, isu ini kecil saja.

Selain gambar itu masih boleh dipertikaikan kesahihannya, mengandung tanpa menikah di Malaysia ini sudah jadi perkara biasa, tidak ada apa yang nak dihairankan.

Malah, di beberapa tempat, sudah diwujudkan baby hatch bagi mereka yang termengandung untuk menyerahkan bayi tersebut bagi dipelihara oleh mereka yang layak.

Bagaimanapun, sebagai seorang pemimpin politik, berbangsa Melayu dan beragama Islam pulak tu, isu ini besar dan ada kesan yang mendalam (kalau betul), lebih lagi kepada generasi pertengahan dan lanjut usia yang rata-rata masih kolot pemikiran mereka.

Apatah lagi dalam situasi pemimpin berkenaan yang dikatakan sudah sah bercerai dan dalam masa yang sama, dikatakan sudah pun mempunyai calon suami yang bakal mengambil alih tempat suami lama, perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu saja, perlu ada penjelasan segera.

Lagi lama diam, lagi macam-macam spekulasi timbul, kita tidak mahu itu.

Penjelasan itu nanti, mestilah dalam erti kata yang menyeluruh, dengan laporan doktor dan bukti DNA (kalau perlu), bukan setakat beberapa patah perkataan dalam akaun Twitter saja.  

Bercakap tentang itu (twitter), pemimpin berkenaan pun sudah terkantoi menipu apabila menafikan telah bercerai di dalam akaun Twitternya.  Jadi kalau dia menafi atau mengesahkan perkara tersebut melalui akaun Twitter saja, kita bimbang tidak ada orang nak pakai cakapnya itu lagi.  

Ingat, gambar lawan cakap, menang lagi gambar!!

No comments: