Monday, February 3, 2014

Air Mata Rafizi Jadi Bahan Ketawa, Memalukan Pakatan Rakyat!!


Aku sendiri tak faham apa motif Pengarah Strategik PKR, YB Rafizi Ramli menangis ketika memberi penjelasan kepada rakyat kenapa pilihanraya kecil di Kajang ini perlu diadakan?

Politik air mata ini sudah tidak laku dan kalau tidak salah aku, hanya jadi kegemaran pemimpin-pemimpin UMNO saja untuk memperdayakan rakyat.  Rafizi selaku Pengarah Strategik patut tahu itu, bukan dia sekali pun ikut join drama air mata sama.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pun tidak payah susah-susah nak berdrama tentang kerusi Kajang nak dikosongkan ni.  Beliau berterus terang saja memang perkara itu sudah dirancang untuk membolehkan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Nak menangis meraung buat apa?  Cakap yang fakta sajalah.

Tak pasal-pasal, dek perbuatan kurang bijak Rafizi, dia dan Pakatan Rakyat kini menjadi bahan ketawa rakyat.  Sudahlah sekarang UMNO giat main isu satay untuk pedajal pencalonan Anwar di Kajang, datang Rafizi tambah masalah dengan drama air matanya.

Sebagai Pengarah Strategi (bukan Pengarah drama), Rafizi patut elak dari buat benda-benda bodoh yang sudah terbukti memualkan rakyat - antaranya drama air mata macam ini.

Isu di Kajang ini begitu straight forward, kerusi itu sengaja dikosongkan untuk buka laluan kepada Anwar bertanding dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor.  Beberapa bantahan dari pemimpin PAS yang kita dengar sekarang ini pun, adalah sebahagian daripada strategi tersebut.

Nak cakap itu pun susah?  Tak faham aku.

Mesyuarat pengurusan Pakatan Rakyat pada 22 Januari yang lepas (Rafizi salah seorang darinya) memang telah memutuskan bahawa kerusi DUN Kajang perlu dikosongkan untuk digantikan dengan Anwar bagi membantu beliau menghadapi kes rayuan liwat yang bakal di dengar tidak berapa lagi.

Justeru, tidak timbul isu salah strategi, ambil risiko dan sebagainya seperti yang disebutkan Rafizi (sehingga mengeluarkan air mata) kerana perkara itu memang sudah dirancang dari mula, semua orang tahu ini.

Inilah susahnya bila budak-budak nak tunjuk bijak main politik.  Kalau betul bijak tu tak apalah juga, tapi bodoh.


No comments: