Wednesday, February 5, 2014

DUN Kajang: SPR, Anwar Dah Dalam Penjara Baru Nak Buat PRK?


Tidak ada siapa menyangka Suruhajaya Pilihanraya (SPR) yang dikawal orang-orang UMNO dari atas sampai kebawah ini akan menetap 23 Mac nanti sebagai tarikh pengundian untuk pilihanraya kecil N25 DUN Kajang.

Ramai yang yakin, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan di dapati bersalah dalam proses rayuan kes liwatnya di Mahkamah Rayuan pada pertengahan bulan ini dan seterusnya dimasukkan ke dalam penjara bagi menghalang beliau bertanding di Kajang.

Betul, Anwar boleh memohon penangguhan dari hukuman penjara sementara kes tersebut dirayu di peringkat Mahkamah Persekutuan, tapi beberapa orang dari kalangan peguam Anwar yang aku temui, mengakui, ada besar kemungkinan permohonan itu nanti akan ditolak, atas alasan kes telah lama ditangguhkan.

Sebetulnya, UMNO yang mengawal institusi kehakiman, sudah pasti tidak mahu Anwar dilantik sebagai Menteri Besar Selangor setelah menang di Kajang kerana bimbang kekuatan Anwar nanti akan menjatuhkan mereka dari singgahsana besar di Putrajaya. 

Justeru, Pakatan Rakyat akan menggunakan semua saluran perundangan yang ada bagi membantah keputusan SPR ini.  Pilihanraya kecil tersebut tidak seharusnya dilengahkan kerana Anwar sebenarnya sudah pun menang.

Sebaiknya, pilihanraya kecil tersebut diadakan seawal minggu depan atau selewatnya 2 minggu dari sekarang.  Alasan SPR bahawa pilihanraya kecil tersebut perlu diadakan pada bulan Mac bagi membolehkan daftar pengundi di kawasan tersebut di kemaskini, adalah sangat tidak munasabah.

Proses penambah baikan SPR yang dijalankan sejak tahun lepas menyaksikan kerjasama langsung antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membolehkan pembersihan daftar pengundi dilakukan secara automatik.

Maka itu, dimana logiknya masa yang panjang perlu diambil untuk membersihkan daftar pemillih?

Banyak yang tak kena dengan keputusan ini, dan entah kenapa aku bau macam sabotaj, bau macam ikan busuk!!!

No comments: