SUNGAI SIPUT - Pemuda MIC menyifatkan Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy sebagai pemimpin yang gagal apabila melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam misi memperjuangkan kaum India di negara ini.
Ketua Pemuda MIC, C Sivarraajh berkata, tempoh masa yang diambil menjawat jawatan sebagai menteri kabinet tidak sampai setahun itu menunjukkan beliau tidak boleh dipercayai dalam memegang amanah kerajaan.
Menurutnya, Waythamoorthy sepatutnya mempunyai semangat yang kuat dan terus memperjuangkan objektifnya walaupun mengambil masa sedikit.
Ketua Pemuda MIC, C Sivarraajh berkata, tempoh masa yang diambil menjawat jawatan sebagai menteri kabinet tidak sampai setahun itu menunjukkan beliau tidak boleh dipercayai dalam memegang amanah kerajaan.
Menurutnya, Waythamoorthy sepatutnya mempunyai semangat yang kuat dan terus memperjuangkan objektifnya walaupun mengambil masa sedikit.
“Sekejap dia (Waythamoorthy) sokong kerajaan, kemudian dia kutuk tindakan kerajaan dan menyalahkan kerajaan kerana tidak membantu masyarakat India.
“Dia menuduh kerajaan kerana ingin menutup kegagalannya melakukan sesuatu, mungkin dia didesak beberapa pihak menyebabkannya bertindak meletakkan jawatan. Bagi saya, dia memang seorang pemimpin yang gagal dan tidak komited pada tugasnya,” katanya.
Sivarraajh berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan jawatankuasa dan Biro Pemuda MIC Perak, di sini, kelmarin.
Dia turut mengecam tindakan Waythamoorthy yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan kerana gagal membantu masyarakat India.
"Desakan situ tidak sewajarnya kerana perdana menteri telah banyak membantu masyarakat India terutamanya dari segi pembangunan pendidikan.
“Inilah masalahnya dengan Waythamoorthy. Diri sendiri yang gagal tetapi sibuk mahu menyalahkan orang lain. Saya harap masyarakat India tidak termakan dengan kata-kata Pengerusi Hindraf itu kerana kerajaan terbukti banyak membantu masyarakat India selama ini,” katanya.
Tindakan Waythamoorthy yang mengumumkan meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri dan turut mendesak Najib meletak jawatan, baru-baru ini mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein turut mengecam Pengerusi Hindraf itu dan menyifatkan peletakan jawatannya sebagai satu pengkhianatan kepada semangat setiakawan dalam kerajaan.