Friday, February 21, 2014

Perbicaraan Selcat Untuk Tekan Khalid Ibrahim Agar Berundur


Difahamkan bahawa sesi pendengaran awam, Selcat berhubung projek tebatan banjir di Selangor yang sedang berlangsung sekarang, adalah salah satu usaha untuk beri tekanan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, berundur dari jawatannya setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim menang di Kajang 23 Mac nanti.

Ini adalah sebahagian dari usaha Pakatan Rakyat mengelakkan undi tidak percaya ke atas kepimpinan Khalid diadakan di DUN Selangor yang mana boleh memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat.

Kita tidak mahu berperang dengan Khalid pada peringkat ini kerana sasaran yang sebenarnya adalah lebih besar dari itu.
Pendengaran ini terpaksa diadakan bagi membuka mata rakyat Selangor bahawa Khalid bukanlah seorang Menteri Besar yang baik dan dengan itu dengan perlu digantikan dengan yang jauh lebih baik - Anwar.

Masalah banjir yang semakin menjadi-jadi di Selangor ini adalah disebabkan oleh kegagalan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar dan Exco yang bertanggungjawab ke atas kewangan, menyalurkan peruntukkan kepada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sepatutnya, selepas Pakatan Rakyat mengambil alih, tidak ada lagi masalah banjir di Selangor tapi kerana kedekutan Khalid mengeluarkan wang untuk projek tebatan banjir diadakan, telah menyebabkan masalah tersebut bukan saja tidak selesai, malah bertambah buruk.

Tambah menakutkan, kesempatan ini telah diambil oleh kerajaan Pusat dengan menyalurkan peruntukkan berjuta-juta ringgit kepada UMNO Selangor untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan mereka.

Diakhirnya, yang Pakatan Rakyat nampak tidak buat kerja, tapi UMNO semakin disayangi kerana mereka bantu rakyat mengatasi banjir dengan peruntukkan dari kerajaan pusat.  Ini tidak betul dan tidak boleh dibiarkan sama sekali.

Kesabaran ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di kawasan terjejas ini sudah sampai ke tahap akhir dan keengganan Khalid Ibrahim berundur dari jawatan Menteri Besar untuk membuka jalan kepada Anwar, digunakan sepenuhnya melalui sesi Selcat ini.

Sumber yang rapat dengan Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh juga memaklumkan, berdasarkan perkembangan dalam sesi pendengaran semalam, peluang Khalid untuk didapati tidak bersalah adalah terlalu kecil.

Itu baru hari pertama pendengaran.

Jadi Khalid, berundurlah sebelum anda diturunkan dengan cara paling hina.  Peluang telah diberi dan anda gagal melaksanakan dengan baik, maka itu tidak ada cara lain, melainkan dengan memberi peluang kepada Anwar untuk melaksanakannya.