Tuesday, February 25, 2014

Herman Tino Jawa Celaka, Cipta Lagu Kutuk Anwar



Aku setuju bila ada berpandangan demokrasi di Malaysia ini telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang berkepentingan, tapi tidak sama sekali aku merujukkan perkara ini kepada pengosongan secara sukarela DUN Kajang oleh bekas ADUNnya bagi membuka laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.

Yang aku rujuk ini ialah kepada seorang calon Bebas yang telah mengumumkan untuk mencabar Anwar di Kajang nanti, iaitu penyanyi berketurunan Jawa, Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi.

Suami kepada seorang kakitangan RTM ini didapati telah mencipta lagu yang secara terang-terang menghina Anwar, malah melabel beliau sebagai gila kuasa kerana bertanding di Kajang dalam satu proses yang pelik pada mata sesetengah orang.
Lagu yang bertajuk "Pesona Palsu" itu sudah mula disebarkan di laman Youtube sejak semalam lagi.  Dalam kependekkannya, jawa celaka ini menggunakan kelebihannya sebagai penyanyi untuk mengutuk orang lain.

Patutkah macam itu?

Tindakan seperti ini tidak boleh dibiarkan berlalu macam itu saja.  PRK adalah medan memilih pemimpin rakyat, bukan platform menyalahgunakan kelebihan masing-masing untuk mengutuk orang lain seperti yang dilakukan Herman Tino ini sekarang.

Dari apa segi jawa celaka ini nak mencabar Anwar pun aku tak tahu.  Lawan dengan Noh Omar di Tanjung Karang pun kalah dengan besar sekali sehingga hilang wang deposit sebagai calon.  Ini lawan Anwar lagi, silap-silap, tinggal seluar dalam saja.

Kalau Pakatan Rakyat perintah nanti, kelayakan calon akan diberi perhatian serius.  Setakat kaki sibuk macam Herman Tino ini, jangan mimpilah nak mencalonkan diri untuk masuk bertanding dalam pilihanraya di peringkat DUN atau Parlimen, buang masa.