Wednesday, February 5, 2014

Isu Dun Kajang: Luahan bersifat peribad

  • Isu Dun Kajang: Luahan bersifat peribadiMahfuz (kiri) ketika sidang media semalam.
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Segala luahan dan pandangan yang bertentangan dengan parti adalah bersifat peribadi, kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.

 Beliau mengulas sikap sesetengah pimpinan Pas yang menyatakan mereka tidak puas hati dengan sekutu mereka, PKR, yang kosongkan kerusi Dun Kajang bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

“Kita akan bantu PKR atas semangat setiakawan untuk memastikan kemenangan kepada PR dalam PRK Kajang.


“Sekarang kita bercerita tentang Dun Kajang. Semua bersetuju untuk kalahkan BN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, di sini, semalam.

Pada 27 Januari lalu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Adun Kajang secara tiba-tiba.

Ia menimbulkan kontroversi apabila Anwar dikatakan bertanding untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Ekoran spekulasi itu juga, terdapat pemimpin Pas dilihat lantang mengkritik dan tidak bersetuju kerana tindakan itu seolah-olah mengheret rakyat dalam kemelut yang berlaku dalam PKR.

Ditanya sama ada Pas turut akan menuntut jawatan menteri besar selepas PRK Dun Kajang, Mahfuz sebaliknya meminta semua pihak menghormati penyandangnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

No comments: