Monday, February 24, 2014

Kes Denggi Di Selangor Selesai Bila Anwar Jadi MB


Rakyat Selangor diminta jangan risau dengan kes demam denggi yang semakin menjadi-jadi di negeri tersebut, terutama di Parlimen Hulu Langat dimana DUN Kajang terletak.

Ini kerana, sebaik Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru pada 24 Mac, semua masalah denggi ini akan selesai dengan segera.

Bagaimana itu boleh dilakukan?  Inilah yang nak aku tuliskan ni.

Denggi, seperti mana yang kita tahu adalah penyakit bawaan vektor seperti nyamuk, akibat dari sistem perparitan tidak sempurna dan sampah yang tidak berkutip sehingga menyebabkan air bertakung dan membiakkan nyamuk aedes.

Menteri Besar Selangor yang ada sekarang, Tan Sri Khalid Ibrahim, telah terbukti gagal untuk menyelesaikan masalah kutipan sampah ini sejak ia mula diambil alih dari Alam Flora sekitara 2 tahun yang lepas.

Pelbagai penyelesaian yang dicuba Khalid seperti pembelian lori-lori compactor sampah baru dari China pada Jun 2012 juga tidak mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut.  Malah pembelian lori-lori itu akan menjadi skandal terbaru kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khalid.

Jika beliau enggan meletak jawatan secara sukarela sebaik Anwar diumumkan menang di Kajang, Skandal ini adalah tambahan kepada sesi pendengaran SELCAT mengenai penyelewengan di PKNS yang turut melibatkan Khalid (Pengerusi PKNS).

Ikut pelan asal, sebanyak 50 buah lori sampah yang dibeli itu akan disewakan kepada kontraktor sampah yang tidak mempunyai compactor, tapi aku difahamkan sehingga kini, tak satu pun dari 50 buah lori tersebut yang telah beroperasi.

Mungkin ramai tak sedar perkara ini, sekarang aku nak beritahu.

Semua inilah yang sebenarnya menyumbang kepada peningkatan masalah denggi di Selangor.  Bila Anwar mengambil alih, isu ini akan menjadi keutamaan nombor satu beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, disamping isu berkaitan kalimah Allah.

Khalid pula akan terus menghadapi tekanan untuk menjawab, kemanakah 50 buah lori sampah ini yang sepatutnya digunakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ, hilang.

Itu persoalan yang pertama, persoalan yang kedua, cukupkah 50 buah lori ini untuk disewakan kepada lebih 300 kontraktor sampah yang dilantik kerajaan negeri untuk disewakan, dan jika tidak cukup, kenapa bilangan itu tidak ditambah?

Anwar, sebagai pemikir yang hebat, sudah pasti mampu menyelesaikan masalah ini di luar norma yang biasa.  Tidak seorang pun yang mampu menandingi kehebatan beliau. Melenyapnya masalah denggi di Selangor ini akan menjadi testimoni kepada kenyataan tersebut.