Tuesday, February 4, 2014

Lee Chong Wei Ahli DAP, Tak Mungkin Jadi Calon BN


Satu sumber menyampaikan kepada aku bahawa Datuk Lee Chong Wei adalah ahli seumur hidup parti komponen Pakatan Rakyat, DAP.

Walaupun maklumat itu tidak dapat disahkan, tapi melihat kepada beberapa perkembangan berkaitan, antaranya penganugerahan anugerah Datuk oleh kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP kepada Chong Wei, aku berasa yakin maklumat berkenaan ada kebenarannya.

Tanpa semua orang sedar, Pakatan Rakyat sebetulnya telah banyak membantu Chong Wei menjana kekayaan seperti yang dimilikinya sekarang.  


Ketika ramai orang sangka Chong Wei hanya berjaya dalam sukan badminton dan menceburi  satu atau dua bidang perniagaan seperti sukan dan pembinaan, satu sumber kerajaan negeri Selangor mengesahkan bahawa Chong Wei sebenarnya turut memonopoli bidang perniagaan babi di negeri tersebut

Chong Wei dikatakan mempunyai kepentingan besar dalam ladang penternakan babi moden yang terletak di Sepang itu melalui salah satu syarikat miliknya dan bagi sesiapa yang tahu selok belok pentadbiran kerajaan Selangor hari ini, pasti tahu Chong Wei tidak mungkin dapat kelebihan tersebut, melainkan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri.

Hanya satu cara saja hubungan tersebut boleh diperolehi, hubungan politik.

Oleh yang demikian, tidak mungkinlah Chong Wei nak bertanding sebagai calon BN di Kajang.  Cadangan yang dilontar Ketua Bahagian UMNO Padang Besar Perlis itu, jelas tidak masuk akal dan semata-mata bertujuan nak mengelirukan rakyat.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan nak menghidupkan semangat BN yang kian malap di Kajang.  Seperti yang dijelaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, UMNO sukar nak mendapatkan calon yang sesuai untuk mencabar beliau dalam pilihanraya kecil itu nanti.

Chong Wei patut menyaman mereka yang berkenaan kerana membabitkan beliau dengan BN dalam isu di Kajang ini.  Kenyataan tersebut telah banyak menjejaskan imej Chong Wei sebagai bintang sukan, kerana tidak ada apa yang lebih buruk di Malaysia ini melainkan dikaitkan dengan BN.

No comments: