Tuesday, February 11, 2014

N25 Kajang: Anwar Patut Jauh Diri Dari Teresa


Apa pun pandangan Pakatan Rakyat mengenai Teresa Kok berhubung isu video Tahun Baru Cinanya yang dikatakan menghina Melayu dan pemimpin-pemimpin UMNO, satu yang pasti ia ada memberi kesan kepada tahap sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

Cina dan India tidak ada masalah kerana mereka akan tetap mengundi Pakatan Rakyat, tidak kira apa pun, lebih-lebih lagi orang India terutamanya, setelah Waytha Moorthy keluar dari kabinet Najib berkuatkuasa semalam.

Maka itu adalah menjadi satu kesilapan yang besar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kelihatan di tempat-tempat awam bersama dengan Teresa kerana ia boleh dijadikan isu perkauman oleh BN dalam kempen pilihanraya kecil DUN Kajang nanti.
Contohnya seperti Ahad lepas bila Anwar dilihat beramah mesra dengan Teresa Kok semasa jamuan Tahub Baru Cina pertubuhan Dong Zhong di Kajang.

Sebaik-baiknya biarlah Teresa dibersihkan terlebih dahulu dari dakwaan menghina orang Melayu atau menunggu sehingga kes tersebut dibicarakan di Mahkamah sebelum Anwar boleh bergambar dengan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP tersebut.

Apatah lagi, soal video kontroversi itu bukan satu-satunya masalah yang menghambar Teresa sekarang, beliau juga dikaitkan dengan satu skandal penyelewengan wang yang dibongkarkan bekas kakitangannya semalam.



Laporan dan dokumen mengenai penyelewengan tersebut, telah pun diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Aku difahamkan, bekas kakitangan berkenaan belum selesai dengan satu laporan sahaja semalam, ada beberapa laporan yang hampir sama akan menyusul selepas ini.

DAP kalau dituduh perkauman, dia boleh hidup lagi, tapi jangan dikaitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, ia boleh beri kesan besar sehingga ke tahap menjejaskan tahap sokongan rakyat terhadap parti tersebut.

Soal kenapa dan mengapa laporan berkenaan didedahkan sekarang, itu bukan masalah, yang nyata ia ada implikasi besar terhadap intergriti DAP yang jarang atau tidak pernah dikaitkan dengan soal-soal penyelewengan yang semacam ini.


No comments: