Tuesday, February 25, 2014

PBS: Satu Lagi Keputusan Flip Flop Kerajaan


Sebelum Tun Mahathir mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri tahun 2003 yang dulu, antara beberapa 'buah tangan'nya yang terakhir ialah PPSMI (Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik Dalam Bahasa Inggeris).

PPSMI ini telah ditentang oleh majoriti pertubuhan pendidikan cina (aliran Mandarin) kerana dilihat cuba menghakis bahasa ibunda mereka masing-masing.

2 kali jawatan Perdana Menteri bertukar tangan, barulah PPSMI yang kontroversi ini dihapuskan dibawah pentadbiran Najib Tun Razak, dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab.

Sudah ada satu flip flop dari satu keputusan kerajaan disitu.

Muhyiddin juga ada idea dia sendiri, maka diperkenalkan sistem PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah - bermula 2011) yang mana menambah kerja rutin guru (mengajar murid-murid) dengan tugas tambahan mengemaskini data ke dalam sistem berkenaan.

Cara dah bagus, pendekatan dan niat (nak menaikkan taraf pendidikan) pun sama bagus, tapi prasarana yang disediakan tidak padan dengan jumlah guru dan murid di seluruh Malaysia.  Ibarat kereta kancil, tapi nak suruh 10 orang pemain ragbi duduk dalam itu, manalah muat.

Terpaksalah guru-guru ini berjaga sehingga ke tengah malam, ada yang seawal 3 pagi kerana nak menunggu peluang untuk mengemaskini data pelajar di dalam sistem berkenaan.

Bantahan demi bantahan dari golongan guru, hanya dipekakkan oleh telinga capang Muhyiddin.  Sehingga akhirnya guru-guru (hampir setengah juta semuanya) mengugut untuk mengadakan demonstrasi di Putrajaya 22 Feb lepas, barulah Muhyiddin terbuka hatinya nak mengkaji semula sistem yang menyusahkan ini.

15 Februari yang sudah, Muhyiddin membuat keputusan untuk mengkaji semula sistem PBS ini dan menggantung penggunaannya sehingga 1 April kelak.

Tindakan ini pada aku, menjurus kepada satu penyelesaian mutlak sahaja - sistem PBS ini akan turut menerima nasib yang sama seperti PPSMI - dihapuskan.  Setelah banyak perbelanjaan dikeluarkan untuk membangunkan sistem tersebut, diakhirnya ia akan dibuang begitu saja.

Inilah cara UMNO, bangun sistem (guna wang rakyat) tidak kaji sungguh-sungguh.  Bila bantahan dan memuncak, ambil sistem itu dan buang dalam tong sampah.  Wang rakyat yang digunakan untuk membangunkan sistem tersebutr, hangus begitu saja.

Rakyat Malaysia perlu tolak jenis pembaziran yang semacam ini.  Guru, walaupun kakitangan kerajaan yang wajib patut pada dasar kerajaan, adalah juga manusia biasa.  Mereka juga perlu mencari wang lebih untuk menyara kehidupan dengan mengajar tuisyen dan sebagainya, tapi bagaimana nak buat semua itu bila tengah malam pun masih bertugas lagi?

Disini yang UMNO tersilap, maka tolaklah UMNO.