Thursday, February 27, 2014

Rakyat Mahu Nama Anwar Pada Jambatan Kedua Penang


UMNO dan juak-juaknya sedang gelisah nak menamakan Jambatan kedua Penang yang akan dirasmikan oleh Najib Tun Razak esok.  Dikhabarkan, menjelang tarikh perasmian Sabtu ini pun, masih belum ada kata putus nak dinamakan apa Jambatan itu.

Ada yang cadang suruh letak nama mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Badawi's Bridge), ada yang nak letak nama DYMM Agung sekarang, malah ada juga yang sakit jiwa nak namakan jambatan itu dengan nama Tun Mahathir Mohamad.

Gila.

Memandangkan Jambatan itu berada dalam negeri Penang yang diperintah kita, Pakatan Rakyat seharusnya ada kuasa untuk menentukan nama Jambatan tersebut.  Aku tahulah projek itu projek kerajaan pusat, tapi lokasinya yang terletak dalam Penang, menjadikan Pakatan Rakyat lebih berhak.

Lagipun, setelah kontraktor utama menyerahkan Jambatan itu kepada kerajaan untuk digunakan nanti, ia akan menjadi milik rakyat, bukan lagi milik kerajaan pusat.  Rakyat yang dimaksudkan ini ialah rakyat Penanglah.

Jadi cadangan Pakatan Rakyat ialah supaya nama Datuk Seri Anwar Ibrahim diabadikan pada Jambatan tersebut.  

Pemilihan ini bersesuaian dengan status Anwar sebagai anak jati pertama Penang yang bakal bergelar Perdana Menteri Malaysia. Tidak kurang juga pemilihan nama ini nanti nak mengenang segala kepayahan dan kecemerlangan beliau sepanjang berkecimpung dalam politik.

Dengan mengabadikan nama Anwar pada Jambatan ini juga, boleh menaikkan semula imej Najib yang teruk terjejas sekarang, terutama di kalangan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.  Najib akan dilihat sebagai pemimpin yang tidak berdendam dan sanggup mengenepikan kepentingan politik dalam isu menamakan jambatan kedua Penang tersebut.

Silap-silap BN boleh menang mudah di Kajang kalau nama Anwar diabadikan pada Jambatan itu.  Ini semua kemungkinan, kecil besar kemungkinan itu bukan masalah yang penting, peluang itu tetap ada.

Daripada sekarang, tidak ada peluang langsung.