Tuesday, February 11, 2014

Sumpah Kerana Bola: Kebodohan Tahap Tertinggi MB Terengganu

Sumpah - Apa Kerja Bodoh Yang Dibuat Ahmad Said?
Ada macam-macam jenis bodoh dalam dunia, ini semua orang tahu.  Tapi angkat sumpah kerana bola seperti yang berlaku kepada pasukan T-Team malam tadi adalah satu jenis kebodohan baru yang melanda negara kita ini.

Dilakukan oleh orang yang kononnya ada agama seperti Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said.

Upacara sumpah itu kononnya nak menunjukkan komitmen para pemain T-Team bahawa kejadian pergaduhan di dalam terowong ketika perlawanan dengan JDT minggu sudah, memang berlaku.

Sebelum ini ada sumpah muhabalah (sumpah melaknat diri sendiri) yang dilakukan Dato Trio dan Saiful Bukhari Azlan - kedua-duanya dalam soal berkaitan fitnah kononnya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyiaran video lucah, juga membabitkan Anwar.

Persoalan aku, apa sudah jadi dengan negara kita ini sekarang bila kelihatannya semua perkara dan semua benda kelihatan macam boleh selesai dengan sumpah?

Macam itu, penjara dan Mahkamah semua tutup, hakim boleh balik kampung tanam jagunglah, itu macam ka?  Dah semua benda selesai dengan angkat tangan sebelah dan merapu entah apa bendanya?

Najib harus malu kerana membiarkan budaya sumpah menyumpah berlaku di negara kita ini.  

Kalau dari awal Najib dah sekat dan penjarakan orang yang gemar selesai masalah dengan menyumpah orang lain atau diri sendiri, perkara ini tak akan berlarutan sehingga ke dalam sukan bolasepak kita.

Ini bukan zaman Tanggang disumpah ibunya jadi batu atau Sang Kelembai, Malim Demang dan sezaman dengannya.  Malu betul bila orang luar nampak, entah apa-apa punya kepercayaan.

Ini zaman moden, zaman teknologi maklumat dan segala kepakaran sains serta kesedaran undang-undang.  Apa cerita sumpah-sumpah semua ni, boleh tukar apa-apakah?

Pakatan Rakyat dari mula memang tolak amalan sumpah menyumpah ini kerana tidak masuk akal.  Kita tidak perlu yakin dan percaya dengan orang hanya kerana dia sanggup angkat sebelah tangan dan cakap perkataan yang disiapkan untuk mereka baca.

Intergriti apa macam itu?  Nasib baik pasukan JDT tidak ikut sekali jadi bodoh sekali dengan angkat sumpah, kalau tidak tentu susah, siapa punya sumpah nak pakai sekarang?  JDT khabarnya ada cara sendiri untuk selesai masalah ini, dia ikut code of conduct - dah macam lanun pulak.

Justeru, amalan sumpah menyumpah ini perlulah dihentikan.  Apa pun pertikaian hendaklah dibawa ke Mahkamah untuk diselesaikan seperti mana amalan masyarakat bertamadun yang lain.


No comments: