Friday, March 14, 2014

Batal Acara LGBT, Sejak Bila Suaram Tunduk Pada Perkasa?


Suaram Penang (NGO Pro Pakatan Rakyat) yang menjadi penganjur kepada Pink Dot Penang 2014 - sebuah acara bagi mempromosikan cara hidup LGBT pada 29 Mac ini, dilaporkan telah membatalkan acara tersebut sebentar tadi.

Punca kepada pembatalan tersebut dipercayai akibat dari beberapa laporan polis yang dibuat oleh pertubuhan rasis Melayu, Perkasa!!  Aku pun hairan, sejak bila Suaram tunduk kepada ancaman dari Perkasa?

Ini yang pelik.


Semua orang tahu di Malaysia ini, hanya Pakatan Rakyat sahaja yang menyokong kecenderungan ketiga seksualiti manusia dan harapan golongan ini kepada Pakatan Rakyat untuk mengiktiraf kecenderungan ketiga tersebut jika berjaya menjadi kerajaan, adalah begitu tinggi sekali.

Dalam PRU13 yang lepas, golongan LGBT yang membentuk sebahagian besar dari populasi di bandar, telah memberikan undi mereka kepada parti-parti komponen Pakatan Rakyat sehingga menyaksikan penguasaan hampir sepenuhnya Pakatan Rakyat di kawasan-kawasan bandar.

Pakatan Rakyat bersetuju bahawa sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh golongan LGBT ini perlu dibalas dengan memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada golongan tersebut.

Kalau tidak boleh memberikan hak sama rata seperti kumpulan normal  yang lain kerana Pakatan Rakyat belum menjadi kerajaan pusat lagi, sekurang-kurangnya kita boleh menyokong sebarang aktiviti melibatkan golongan ini di negeri-negeri yang kita perintah.

Penang tidak terkecuali.

Justeru, Pakatan Rakyat menggesa Suaram Penang untuk memberikan penjelasan kenapa pembatalan ini dibuat, kurang 2 minggu sebelum acara itu akan dijalankan dan kenapa Pakatan Rakyat tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenainya.