Heboh seantero dunia dengan gambar-gambar sekumpulan orang yang mendakwa sebagai bomoh mengadakan ritual kelakar di KLIA, kononnya nak membantu usaha mengesan pesawat MH370 yang masih tidak dapat dikesan sehingga sekarang.
Pakatan Rakyat tak payah pakai bomoh pun tahu yang pesawat itu dah terhempas dan berkecai dalam laut manakala semua penumpang dan krew pesawat itu telah pun meninggal dunia menjadi makanan ikan-ikan.
Bagaimanapun dalam masa yang sama, kita terlupa bahawa ada lagi satu kerja sia-sia yang berlaku secara berleluasa di negara kita tapi terlepas pandang dari perhatian semua orang - sembahyang hajat dan berdoa yang dilakukan hampir setiap hari di seluruh negara sekarang ini.
Mengejutkan lagi, perkara ini bukan saja berlaku di Malaysia, malah di beberapa negara jiran, antaranya Brunei. Dimaklumkan semalam, semua kakitangan kerajaan Brunei diberikan pelepasan selama 1 jam supaya boleh balik dan menunaikan sembahyang hajat.
Samalah gila rakyat dua-dua negara ini pun.
Yang pelik disini ialah, kalau seluruh negara boleh mengecam tindakan bomoh KLIA itu, kenapa kecaman yang sama tidak boleh dikenakan ke atas mereka-mereka yang membuang masa mengadakan upacara sembahyang hajat di seluruh negara meminta pesawat itu dijumpai?
Adakah kerana yang upacara sembahyang hajat itu guna ayat-ayat Al-Quran maka ia diterima? Ritual bomoh itupun menggunakan ayat-ayat Al-Quran juga kan, jadi kenapa tidak kecam?
Hakikatnya, dengan segala kelengkapan canggih yang digunakan pun, pesawat malang itu masih tidak dijumpai sehingga sekarang, ini pulak dengan ritual pelik dan berdoa semata-mata, aku tak nampak bagaimana itu boleh mengubah keadaan?
Seharusnya semua pihak menerima sahaja hakikat bahawa pesawat itu sudah hilang ditelan lautan. Dah tidak ada apa yang boleh dibuat lagi melainkan berharap kotak hitam pesawat tersebut dapat dijumpai supaya kajian lanjut mengenai nahas pesawat boleh dibuat.
Tumpuan seharusnya diberikan kepada pilihanraya kecil Kajang yang akan berlangsung, disamping isu-isu kezaliman yang dilakukan UMNO ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh.
Itu lebih penting.