Friday, March 14, 2014

Batal Lawatan Rasmi: Perlukah Lebih Banyak Pesawat Hilang Supaya Najib Boleh Berjimat?


Perdana Menteri, Najib Tun Razak membatalkan sekurang-kurangnya 3 lawatan rasmi ke luar negara sejak pesawat MH370 didapati hilang pada 8 Mac yang lepas.

Antara lawatan yang dibatalkan itu adalah ke Mauritus, Turki dan sebuah negara lain yang sepatutnya berlangsung pada minggu ini.

Mungkin ramai tidak sedar bahawa semua pembatalan ini adalah rahmat kepada rakyat terutama dari segi penjimatan wang negara.  Kos untuk membiayai semua perjalanan ini dan delegasi sahaja diketahui begitu tinggi, silap-silap  boleh beli sebuah Boeing 777-200 lagi.


Kalau tak cukup jumlah itu beli kapal terbang, bayaran pendahuluanlah pun jadilah.

Ikut rekod, dari Mac 2008 hingga Mei 2013 sahaja, Najib sudah membelanjakan lebih RM 44 juta untuk mengadakan lawatan-lawatan tidak berfaedah ke luar negara.  Kos dari Mei 2013 hingga sekarang masih belum dikeluarkan, mungkin lebih besar dari jumlah itu.

Seterusnya membawa kepada satu lagi persoalan, adakah perlu lebih banyak kejadian pesawat terhempas berlaku di negara ini supaya wang negara dapat dijimatkan dengan lebih banyak lagi?

Pakatan Rakyat berpendapat, jika itulah yang diperlukan untuk menjimatkan wang rakyat dari terus dibazirkan oleh Najib dan rombongannya dengan mengadakan lawatan ke luar negara, rakyat Malaysia seharusnya berdoa supaya tragedi seperti ini berlaku dengan lebih kerap lagi.

Lagi banyak kapal terbang hilang, lagi bagus sebab hanya dengan cara itu sajalah Najib akan berada di dalam negara dan memberi tumpuan kepada pelbagai masalah dalaman yang masih tidak selesai.

Antaranya campur tangan dalam urusan kehakiman sehingga memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 5 tahun dan Karpal Singh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana didapati bersalah menghina Sultan Perak pada 2009.

Semua ini memerlukan Najib sentiasa berada dalam negara bagi menyelesaikan semua masalah tersebut. 

Mungkin sampai masanya penyokong Pakatan Rakyat mengubah pendekatan sekarang, dari berdoa supaya MH370 dijumpai, kepada berdoa supaya lebih banyak kapal terbang hilang di negara ini agar lebih banyak pesawat hilang agar wang rakyat selamat.