Friday, March 21, 2014

Gerakan Reformasi 2.0 Lebih Berpahala Berbanding Selawat Perdana


Bagi menganggu kelancaran majlis Gerakan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam ini, UMNO dengan sengaja telah menganjurkan upacara Selawat Perdana di Putrajaya.

Tujuannya supaya orang Islam akan serba salah nak hadir ke Kajang atau ke Putrajaya.  Satu acara politik dan satu acara agama, mana satu lebih penting.

Kalau tanya pada aku, sudah tentu Gerakan Reformasi ini lebih penting.  Ikut makluman kawan-kawan, selawat ini dimana-mana pun boleh buat, di rumah pun boleh.  Kenapa mesti nak beramai-ramai berselawat bila perkara itu boleh dibuat bersendirian, itu yang tak faham?

Lagipun kita bercakap tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim - menurut sesetengah pendapat alim ulamak, satu orang manusia yang sudah mencapai tahap wali!!  Beliau sekarang sedang dizalimi, jadi antara membela wali Tuhan ini dengan berselawat, mana lebih penting?

Jawapannya semua sudah tahu.

Ini belum lagi kita bercakap bagaimana aktiviti berselawat secara beramai-ramai ini dikategorikan para ulama sebagai bida'ah (betul ke ejaannya tu) sebab katanya zaman Nabi dulu perkara itu tidak pernah dibuat orang.

Yang maklum perkara ini bukan ulama PAS atau ulama PKR, tapi ulama UMNO sendiri, Dr. Fathul Bari, jadi nak kata macam mana sekarang?

Tidak hairan;ah kenapa ketika ia diadakan di Kedah bulan lepas, seluruh alim ulama di dunia ini mengecam aktiviti tersebut kerana tidak selari dengan Islam.  Tapi sebab sambutan nampak hebat (yang datang semua bodoh dan sesat), maka UMNO nak mengulangnya semula di Putrajaya

Dengan matlamat untuk menyesatkan lebih ramai orang lagi dan juga menganggu kelancaran peristiwa bersejarah di Kajang - perasmian Gerakan Reformasi 2.0.

Jadi Pakatan Rakyat menyerulah kepada semua orang Islam, jangan jadi bodoh dan fikir keutamaan yang lebih besar.  Kita mahu menegakkan keadilan untuk Anwar, kita juga mahu Anwar tidak dipenjarakan kerana dakwaan palsu - meliwat Saiful Bukhari secara paksa.

Anwar tidak meliwat Saiful secara paksa, tapi perbuatan itu adalah secara sukarela, seperti yang disahkan sendiri oleh Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.

Datanglah beramai-ramai ke Kajang malam ini, itu lebih bermanfaat berbanding selawat perdana di Putrajaya.