Pakatan Rakyat mendapat maklumat bahawa penerbangan MH 370 yang dilaporkan hilang Sabtu lepas, sebenarnya bukanlah hilang, tapi ditembak jatuh oleh jet pejuang tentera!!
Jet pejuang negara mana, masih belum dapat dikenalpasti, jangan jet pejuang negara sendiri sudah.
Maklumat ini dikirakan berasas kerana fakta setakat ini mengesahkan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di beberapa kawasan di sekitar Kelantan dan Terengganu pada waktu ia dilaporkan hilang.
Tidak setakat itu, radar tentera 2 negara, Singapura dan Malaysia sendiri mengesahkan bahawa pesawat itu membuat penurunan mendadak dari 10,000 meter kepada 1,000 meter sehingga isyaratnya tidak dapat dikesan.
Nak kata dalam kecemasan, sudah tentu ada isyarat kecemasan dihantar juruterbang kepada menara kawalan, tapi dalam kes ini tidak ada. Malah komunikasi menara kawalan dengan pesawat juga tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab yang masih menjadi misteri.
Apakah tujuan juruterbang menurunkan pesawatnya pada ketingian itu, masih belum dapat dipastikan, tapi yang pasti, mana-mana tentera dalam dunia pun akan berasa curiga dengan tindakan tersebut dan dalam keadaan biasa akan mengerah jet pejuang untuk menyiasat.
Disinilah Pakatan Rakyat percaya pesawat itu ditembak jatuh kerana seperti yang sedia maklum, alat pengesan dan sistem komunikasi pesawat tersebut ditutup (atau tertutup) sehingga pesawat tersebut tidak dapat dihubungi juruterbang jet pejuang yang dihantar untuk menyiasat.
Bimbang pesawat itu sengaja terbang rendah untuk mengelak radar supaya boleh digunakan bagi tujuan keganasan, sudah menjadi operasi standard ketenteraan, pesawat itu akan ditembak jatuh bagi mengelakkan kecelakaan yang lebih besar.
Untuk makluman semua, insiden pesawat komersial ditembah jatuh pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, antaranya melibatkan pesawat Korean Air penerbangan KE 007 pada tahun 1987 dan Iranian Air penerbangan 655 pada tahun 1988.
Tidak mustahil ia berlaku lagi sekarang.
Justeru, Pakatan Rakyat mendesak kerajaan memberikan penjelasan mengenai dakwaan ini dengan segera supaya rakyat boleh mengetahui.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga perlu menunjukkan rekod pelepasan dan pendaratan pesawat pada malam berkenaan supaya dapat dipastikan tidak ada mana-mana pesawat pejuang yang scrambling (berlepas dengan cepat untuk tujuan pemintasan), pada malam tersebut.
Disamping itu, Pakatan Rakyat mahu tahu apakah tujuan kerajaan mengarahkan operasi pencarian diperluaskan sehingga jauh ke dalam kawasan Vietnam, adakah Vietnam juga terbabit?
Jangan bohong, sumber Pakatan Rakyat berada di semua tempat, Ketua Pengarah DCA itu sendiri pun adalah penyokong kuat PAS.