Wednesday, March 12, 2014

Salahkah Juruterbang MH370 Jadi Penyokong Pakatan Rakyat?


Bukan rahsia bahawa juruterbang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah penyokong kuat Pakatan Rakyat.

Hakikat itu bagaimanapun menjadi bahan sakit hati penyokong-penyokong UMNO bila arwah dijadikan sebab kenapa pesawat itu hilang dan dipercayai sudah terhempas ke dalam laut.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan arwah bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat, disebarkan melalui laman media sosial bagi memberi tanggapan buruk terhadapnya, mentang-mentanglah Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara beberapa jam sebelum pesawat itu dilaporkan hilang.

Lebih buruk lagi, ada dakwaan dibuat penyokong-penyokong UMNO yang mengatakan arwah sebenarnya cuba menghempaskan pesawat itu di Putrajaya sebagai protes ke atas hukuman yang dikenakan ke atas Anwar.

Kebetulan, pihak berkuasa Malaysia dan China juga sudah mula mengalihkan sedikit demi sedikit fokus siasatan, dari mencari bangkai kapal terbang yang hilang, kepada melihat kemungkinan-kemungkinan lain, antaranya tahap psikologi anak-anak kapal dan penumpang - terutama sekali Kapten pesawat.

Gila, betul-betul gila.

Inikah gambaran demokrasi yang cuba diperjuangkan UMNO, bila sokong sayang dan sanjung, sebaliknya bila tak sokong, dihentam dan dicaci semahu-mahunya walaupun orang berkenaan mungkin sudah bersepai menjadi makanan ikan dalam hempasan pesawat itu?

Pakatan Rakyat tidak melihat apa-apa masalah kalau arwah nak menyokong Pakatan Rakyat sebab kita pun tahu ada juga juruterbang MAS yang menjadi penyokong tegar UMNO.  Malah dikatakan, majoriti bekas juruterbang MAS dan TUDM adalah penyokong kuat UMNO, terutama bila bersara.

Itupun tujuan menyokong UMNO bukan kerana melayu tapi kerana mereka diberikan keistimewaan tertentu, seperti dalam soal pengagihan kontrak-kontrak lumayan melibatkan program Khidmat Negara dimana kelompok ini diberikan keutamaan tinggi.

Maka itu, takkanlah kerana seorang dua yang menyokong Pakatan Rakyat dan kebetulan terlibat pula di dalam bencana, dia harus dimaki hamun secukupnya?