PUTRAJAYA - Sasterawan dan pemikir, Dr Kassim Ahmad didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya hari ini atas dua tuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.
Semalam, Kassim ditahan pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) di rumahnya di Kulim Golf & Country Resort kira-kira jam 2.30 petang semalam.