Pakatan Rakyat menggesa seluruh rakyat Malaysia dan media-media yang dikawal kerajaan agar berhenti memberi ulasan tentang kehilangan pesawat MAS MH 370 yang masih tidak dijumpai sehingga sekarang (setakat artikel ini ditulis).
Menurut sumber Pakatan Rakyat yang rapat dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), mereka 99% yakin bahawa pesawat itu sudah terhempas dan semua orang di dalamnya sudah mati, maka itu tidak ada apa yang perlu nak diceritakan lagi.
Biarlah keluarga-keluarga yang terlibat sahaja menanggung kesedihan tersebut, kita rakyat tak perlu ambil tahu. Nanti bila pampasan insuran yang lumayan masuk, apa kesedihan pun hilang ditiup angin.
Kita yang kononnya bersungguh-sungguh sedih pasal kejadian itu dapat apa? Habuk pun takda.
Sememangnya, kalau rakyat Malaysia perlu membuang masa bersedih dan terlalu memberi perhatian kepada kematian beberapa orang, maka jawabnya hari-harilah kita perlu bersedih kerana hari-hari ada orang mati.
Tak masuk akal bukan?
Walhal, di depan ini ada perkara yang lebih penting iaitu kezaliman yang dilakukan kerajaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, lanjutan dari sabitan kesalahan liwat dan hukuman penjara selama 5 tahun yang dijatuhkan terhadap beliau pada Jumaat lepas.
Hukuman itu telah menjejaskan keluarganya sekali lagi dalam tempoh 10 tahun. Tangisan Datin Seri Wan Azizah Ismail dalam konvensyen Pakatan Rakyat semalam menjadi bukti kepada kenyataan tersebut.
Sepatutnya itu (kezaliman ke atas Anwar) yang lebih diutamakan, bukan kisah pesawat terhempas dan cebisan-cebisan mayat manusia yang mungkin sudah habis dimakan ikan!!
Aku sendiri pun nyaris terpedaya semalam dengan menjadi antara terawal menyiarkan update tentang nahas berkenaan, nasib baik Sekretariat Media Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bahawa kemalangan tersebut adalah cubaan untuk mengalihkan isu rakyat dari kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar.
Maka itu aku tidak meneruskan artikel berkenaan walaupun maklumat dari pelbagai sumber mencurah masuk.
Pakatan Rakyat berpandangan, kesan kezaliman yang dilakukan pentadbiran Najib Tun Razak adalah begitu besar sekali kepada seluruh rakyat Malaysia.
Anwar, pemimpin pilihan rakyat (berdasarkan undi popular), akan dihumban ke dalam penjara selama bertahun-tahun hanya kerana terlibat dalam hubungan seks yang dibuktikan di Mahkamah berlaku secara suka sama suka.
Bandingkan dengan kemalangan kapal terbang terbabit, mana yang lebih utama? Sudah tentulah kes Anwar.
Rakyat perlu lupakan soal kemalangan MH370 ini dan memberi keutamaan kepada perjuangan lebih utama - membebaskan Anwar dari penjara. Beberapa himpunan besar akan diadakan petang ini sehingga beberapa bulan akan datang oleh Pakatan Rakyat.
Dari buang masa menunggu maklumat depan TV, lebih baik turun berdemo, ada juga faedahnya.