KUALA TERENGGANU – MCA bersedia berhadapan dengan mana-mana calon PKR di kerusi N25 Kajang, sekalipun calon tersebut bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Pengerusi MCA Terengganu, Chin Wai Sun berkata, sama ada Anwar atau sesiapa sahaja, BN sudah tentu memberi komitmen besar untuk memastikan calon PKR tidak lagi bertahan di kerusi tersebut pada pilihan raya kecil yang berlangsung 23 Mac ini.
Beliau percaya, keputusan mahkamah ke atas Anwar yang disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan juga tidak akan mendatangkan simpati rakyat terhadap PKR atau meningkatkan undi terhadap parti itu gara-gara keputusan mahkamah rayuan itu, Jumaat lalu.

“Tidak kira siapa calon PKR yang bertanding, kita akan memberi sokongan sepenuhnya dan akan bekerja 100 peratus untuk mendapatkan kemenangan. Kita berharap mendapat majoriti lebih baik berbanding yang lepas,” katanya.
Wai Sun juga yakin, rakyat akan menunjukkan pendirian yang bijak untuk ‘mengajar’ pemimpin PR yang mengambil tindakan meletak jawatan demi memberi kepentingan politik individu tertentu, di samping pembohongan yang telah dilakukan Anwar sebelum ini.
Beliau menjelaskan, walaupun tempoh pilihan raya tinggal beberapa hari lagi, rakyat sentiasa sedar tindakan yang diambil bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh, sebelum ini hanya merugikan masa dan merugikan perbelanjaan negara.
“Begitu juga dengan kenyataan Anwar sebelum ini bahawa beliau akan balik mengajar jika PR tidak menjadi kerajaan pada PRU13 lalu tetapi apabila PR kalah, janji tidak dikotakan,” katanya.
Beliau percaya sentimen rakyat untuk melihat kemenangan PR sebagaimana PRU13 juga sudah menurun apabila Anwar tidak mengotakan janjinya.
“Pengundi Cina juga sebelum ini tunjuk kesungguhan dan mendengar cakap pemimpin PR tetapi kali ini pengundi Kajang mahu mengajar perbuatan wakil rakyat sebelum ini kerana apa yang dilakukannya tidak patut kecuali kalau dia meninggal dunia. Saya harap pengundi pakat tolak PR kali ini,” katanya.