Wednesday, March 19, 2014

MH370: Anwar Boleh Selesai Misteri Kehilangan Pesawat Dalam Masa 5 Hari


Seluruh dunia mengecam dan mengutuk kelembapan kerajaan Malaysia dalam menguruskan krisis kehilangan MH370.  Sudah masuk 11 hari sejak pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan pada 8 Mac, tapi masih tidak ada khabar berita sehingga sekarang.

Kelembapan pentadbiran Najib Tun Razak mengendalikan isu ini telah menyebabkan imej negara tercalar teruk di mata antarabangsa.  China, negara dimana separuh dari penumpang pesawat tersebut berasal, paling lantang mengkritik cara Malaysia mengendalikan krisis ini.

Pakatan Rakyat yakin, walaupun 25 buah negara telah menyertai usaha menyelamat pesawat MH370 ini dalam semua aspek, tapi penyelesaian kepada misteri kehilangan pesawat ini adalah berada dalam negara kita sendiri, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenapa Anwar, sebab beliau lebih berwibawa di peringkat antarabangsa berbanding dengan Najib, dan beliau turut berpengalaman luas dalam mengendalikan pelbagai krisis antarabangsa seperti penglibatan beliau dalam usaha mencari kedamaian di Timur Tengah.

Masalah dengan usaha pencarian sekarang ialah penyelarasan dan koordinasi.  Tak kira betapa canggih dan moden aset yang digunakan, kalau koordinasi berterabur, maka usaha menyelamat pun tidak mencapai apa-apa kejayaan, seperti sekarang.

Negara yang terlibat pun akan hilang minat dan akhirnya menarik diri dari semua usaha-usaha menyelamat juga seperti yang berlaku sekarang.

Persoalannya, mahukah Najib membenarkan Anwar mengetuai usaha menyelamat pesawat MH370 ini?

Kalau ikut pengalaman, Najib dan egonya yang tinggi tidak mungkin mahu Anwar nampak lebih berjaya darinya sebab kalau Anwar dapat jumpa pesawat itu dalam jangka masa yang singkat, maka persoalan selepas itu ialah wajarkah Najib diganti atas kegagalan tersebut?

Jadi semuanya terpulang kepada Najib sekarang.  Kalau dia mengutamakan rakyat, maka dia akan membenarkan Anwar mengambil alih jawatan Ketua penyiasat dari HIshamuddin Tun Hussein.

Lagipun Anwar dan Datuk Azharuddin, Ketua Pengarah DCA adalah dari parti politik yang sama - Pakatan Rakyat.  Anwar mengetuai PKR sementara Azharuddin adalah penyokong kuat PAS.

Dengan itu, kerjasama akan jadi lebih lancar kerana masing-masing bersatu dibawah platform politik yang sama dan percayalah, semua faktor ini nanti membolehkan pesawat itu dijumpai dalam jangka masa yang sangat-sangat singkat.