Wednesday, March 19, 2014

PRK Balingian: DAP Sarawak Perlekeh PKR, Kenapa?


Semua orang tahu bahawa Pakatan Rakyat telah memutuskan bahawa PKR akan bertanding dalam pilihanraya kecil N51 Balingian yang akan diadakan pada 29 Mac nanti.

Walaupun harapan untuk menawan kerusi ini dari BN dilihat begitu sukar kerana masyarakat disini yang mundur segala segi diketahui sukar menerima perubahan, tapi Pakatan Rakyat perlu bertanding atas prinsip lawan tetap lawan.

Cuma setelah diputuskan PKR akan mewakili Pakatan Rakyat, seharusnyalah lambang PKR diutamakan lebih dari PAS dan DAP.  

Tujuannya nak memudahkan rakyat tahu bahawa PKR yang sedang mengintai peluang untuk menjadi wakil mereka berikutan nama Pakatan Rakyat yang masih belum didaftarkan secara rasmi sebagai parti politik.

Malang sekali bila sebaliknya pula yang berlaku, dimana dalam majlis pengumuman calon PKR, Abd Jalil Bujang yang lepas, lambang DAP dilihat duduk ditengah-tengah, seolah-olah DAP yang akan bertanding dalam PRK tersebut bukan PKR.

Sekali pandang isu ini nampak kecil, lambang saja pun, tapi bagi penduduk Balingian yang majoriti buta huruf, buta hati dan sebagainya ini, isu ini nampak besar pada mereka, terutama setelah dijadikan isu oleh calon BN - kononnya membuktikan perpecahan sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

Aku difahamkan, DAP memang mahu meletakkan calon disitu kerana mereka telah melakukan kerja yang baik di kawasan tersebut, terutama dalam memperjuangkan nasib rakyat Iban yang terjejas dengan ancaman keselamatan yang diakibatkan oleh operasi kilang Press Metal di daerah tersebut.

Malah DAP telah mempersiapkan calonnya, Dr. John Brian untuk bertanding di Balingian tapi dikatakan kecewa bila status quo dikekalkan di kawasan itu dan calon PKR juga yang dinamakan sebagai calon.

Sehingga di saat-saat akhir pun, ada usaha untuk meletakkan Dr. Brian sebagai calon bebas dalam pertandingan tersebut tapi hasrat itu dibatalkan selepas campur tangan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Bagaimanapun jentera DAP dikatakan masih tidak berpuas hati dengan ada diantaranya mengadakan program sendiri sepanjang kempen ini berlangsung tanpa melibatkan calon yang bertanding.

Ada juga laporan yang mengatakan penceramah-penceramah DAP memperlekehkan calon PKR, terutama statusnya yang beragama Islam.  

Jika semua maklumat ini benar, tindakan seharusnya diambil ke atas mereka yang terlibat supaya Pakatan Rakyat tidak dlihat mensabotaj calon sendiri.