Monday, March 31, 2014

MH370: Malaysia Memalukan Diri Sendiri Di Mata Dunia


Jika dilihat dari pelbagai cara orang menerima kes kehilangan pesawat MH370 ini, cara orang Malaysia adalah yang paling teruk sekali, malah bukan setakat itu, memalukan negara di seluruh dunia sahaja.

Dikala negara-negara lain yang datang dengan aset canggih masing-masing (sesetengahnya baru kita sedar dimiliki oleh negara tersebut) seperti pesawat maritim canggih, kapal perang moden dan sebagainya, orang di Malaysia ini hanya tadah tangan berdoa dan tungang tunggik sembahyang minta MH370 dijumpai.

Bukan kata Malaysia tidak hantar aset ketenteraan langsung tapi aset yang dihantar itu ibarat melepas batuk di tangga.  Contoh macam 2 buah pesawat C130 Hercules yang dihantar ke Perth, apa kapal terbang berusia lebih 30 tahun itu boleh buat untuk membantu?

Cuba tengok apa yang negara lain hantar, USA dengan P8A - Poseidon, Australia dengan P3A - Aries, China dengan IL-76 - tak sebut habis lagi ni, dan belum sentuh pun aset laut.  C130 kita boleh buat apa, buat sibuk?

Jadi jangan hairanlah kenapa masih tak jumpa-jumpa juga pesawat itu sampai sekarang walaupun Najib Tun Razak sudah buat kesimpulan awal bahawa penerbangan MH370 berakhir di lautan Hindi - berdasarkan bukti satelit dan teknikal semata-mata. 

Apa sudah jadi?

Yang imam sembahyang bukan calang-calang ulama, ada yang dibawa dari Mesir dan sebagainya.  Begitu juga dengan yang aminkan doa, bukan seratus dua, beribu, malah kalau dicampur semua upacara sembahyang hajat yang diadakan sejak pesawat itu hilang, berjuta mahu.

Bomoh jangan cakaplah, bukan tahap cikai-cikai ni, tapi dengan gelaran 'Raja Bomoh Malaysia', main-main ke?  Tak juga jumpa kapa terbang itu?

Apakah doa-doa orang ini dan upacara oleh Raja Bomoh itu sudah tidak diterima Tuhan?  Atau bala datang kerana Tuhan murka apabila penggunaan namanya disekat kepada orang Islam sahaja bila dalam masa yang sama gelaran yang diberikan Tuhan Seluruh Alam Semesta?

Ini bukan kita nak mencemuh amalan atau agama mana-mana pihak, tapi nak semua orang berfikir, kewajaran yang gemar diambil rakyat Malaysia ini bila berdepan dengan musibah, doa, doa, doa, tak habis-habis, hasilnya entah.