Seperti yang semua orang tahu, tragedi pesawat MH370 ini lebih banyak menimbulkan persoalan dari memberikan jawapan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.
Dari cara krisis ini dikendalikan sehinggalah kepada kelembapan kerajaan Malaysia dan MAS menyalurkan maklumat yang penting kepada keluarga, semuanya sedang menjadi topik perbualan yang hangat di media-media antarabangsa.
Ada juga dakwaan kerajaan Malaysia sengaja melengah-lengahkan penyaluran maklumat dan maklumat yang disalurkan pun tidak boleh diguna pakai kerana disampaikan dalam bahasa Inggeris seperti dalam sidang media Najib Tun Razak malam tadi.
Bukan semua yang faham, majoriti ahli keluarga mangsa tragedi pesawat tersebut tidak berpendidikan tinggi, termasuk ada yang buta huruf.
Maka itu tak hairanlah di China, majoriti keluarga tragedi hempasan pesawat MH370 ini tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Malaysia mengendalikan krisis ini sejak ia mula didapati hilang pada 8 Mac 2014 sehinggalah ia ditemui semalam.
Ini tidak menghairankan kerana, di China, setiap keluarga hanya dibenarkan untuk memiliki seorang sahaja anak kerana polisi negara tersebut dalam mengawal pertumbuhan penduduk.
Jadi bila anak mereka mati dalam tragedi ini, ia adalah kehilangan selama-lamanya buat keturunan keluarga tersebut kerana tidak lagi penyambung waris.
Tak hairanlah kenapa ada yang menuduh kerajaan Malaysia sebagai 'pembunuh' yang sebenar dalam kejadian tersebut dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan Malaysia dan MAS.
Sehubungan dengan itu, Pakatan Rakyat secara rasmi hari ini telah menghantar surat kepada semua keluarga mangsa yang terlibat, menawarkan khidmat guaman kepada mana-mana ahli keluarga mangsa pesawat MH370 yang mahu menyaman kerajaan Malaysia dan MAS.
Tawaran yang sama juga dibuka kepada semua waris krew dan penumpang warga Malaysia dan warga negara lain terlibat yang ingin mengambil tindakan undang-undang yang serupa dalam kes ini.
Menariknya, Pakatan Rakyat menawarkan pakej perundangan bersesuaian kepada semua waris terlibat apabila mereka tidak diminta membayar satu sen pun kepada peguam yang dilantik pada peringkat awal pengurusan kes ini.
Jumlah bayaran akan dipotong berdasarkan peratus yang bersesuaian dari pampasan yang akan diputuskan Mahkamah nanti, mudah bukan?
Selain itu, waris juga tidak perlu bimbang kerana dalam kes ini, istimewanya, peguam yang dilantik Pakatan Rakyat akan menghubungi waris untuk berbincang mengenai proses perundangan yang sesuai (tidak perlu bayar apa-apa).