• Elizabeth WongElizabeth Wong
 1 / 1 
SHAH ALAM - Semua calon yang bertanding untuk jawatan naib presiden PKR mempunyai kredibiliti dan komited dalam melaksanakan tugas.

Calon Naib Presiden PKR, Elizabeth Wong berkata, peluang setiap calon untuk memenangi jawatan itu adalah sama rata berdasarkan kekuatan dan pengalaman yang ada pada diri masing-masing.

"Kesemua calon ada karakter dan ini bagus untuk meningkatkan hala tuju parti ke takuk yang lebih baik," katanya.

Ditanya mengenai agenda yang akan dibawa sekiranya memenangi jawatan tersebut, beliau walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Masih banyak masa lagi untuk diperbincangkan hal itu," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berharap setiap daripada ahli parti membuat pertimbangan sewajarnya dalam memilih pemimpin untuk setiap jawatan yang dipertandingkan.