MUKAH - Kehadiran anggota polis di kawasan ceramah dan kempen adalah prosedur biasa sewaktu pilihan raya bertujuan memantau keselamatan, kata Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Omar Bakhtiar hari ini.
Sehubungan itu katanya isu kehadiran polis kononnya menakutkan orang ramai daripada menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh mana-mana parti politik termasuk pembangkang, adalah tidak benar dan tidak patut timbul.
"Kita tidak pilih kasih baik Barisan Nasional (BN) dan PKR, kedua-duanya kita ada memantau sepanjang tempoh kempen.

"Tujuan utama kita ialah untuk memastikan kawalan keselamatan terkawal dan ini tiada kaitan hendak menganggu kempen mana-mana parti politik bertanding dalam PRK Balingian," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau turut menafikan polis menghantar Pasukan Simpanan Persekutuan di setiap ceramah anjuran pembangkang.
Lazimnya yang bertugas semasa kempen pilihan raya yang membabitkan kehadiran kecil orang ramai ialah 'Light Force Strike, katanya menambah setakat ini kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Balingian bebas insiden.
Sehingga semalam sebanyak 26 permit ceramah dikeluarkan iaitu tiga untuk PKR dan 23 untuk BN, katanya.
Isu kehadiran anggota polis dibangkitkan oleh pembangkang dalam ceramah pertama mereka awal minggu ini yang turut dihadiri Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu.
Dakwa mereka kehadiran polis yang ramai menyebabkan masyarakat takut datang ke ceramah yang dianjurkan.
Pilihan raya kecil Balingian pada 29 Mac ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Yussibnosh Balo dan PKR Abdul Jalil Bujang. - Bernama