Monday, March 31, 2014

PR Kalah Di Balingian Kerana Rakyat Kurang Cerdik


Kekalahan besar PKR dalam pilihanraya kecil Balingian kelmarin bukanlah satu perkara yang begitu mengejutkan sangat.  Tempat itu begitu terpencil, berjam-jam perjalanan dari bandar Kuching dan majoriti pengundi disitu buta huruf serta tidak berpelajaran tinggi.

Nak pelajaran tinggi macam mana, sekolah menengah pun tidak ada disitu, baru saja nak dibuat dengan peruntukkan RM 60 juta bila kerusi tersebut dikosongkan oleh Abdul Taib Mahmud yang kini menjadi TYT Sarawak.

Kawasan-kawasan macam ini, BN memang mudah cari makan, apatah lagi Pakatan Rakyat juga berhadapan dengan kengkangan bahasa bila orang-orang disini bercakap bahasa yang majoriti orang Sarawak sendiri pun tidak faham, jangan kata orang Semenanjung lagi.

Inilah yang menyukarkan calon kita, Abdul Jalil Bujang untuk menyampaikan mesej yang jelas kepada penduduk Balingian.  Jika nak dibandingkan dengan BN, hala tuju Pakatan Rakyat lebih jelas tapi tersekat kerana masalah-masalah yang BN memang wujudkan disitu sehingga rakyatnya kurang cerdik memilih wakil mereka sendiri.

Walaupun begitu, Pakatan Rakyat perlu mencari jalan kenapa sokongan terhadap BN semakin bertambah, pada ketika pilihanraya negeri bakal diadakan pada bila-bila masa dalam tempoh 2 tahun yang akan datang.

Terutama sekali dari segi peningkatan sokongan pengundi cina terhadap calon BN.  Tidak pernah berlaku dalam sejarah, BN menang di peti undi masyarakat cina di PDM Petanak Mukah, tapi dalam pilihanraya kecil ini, BN berjaya menang disitu.

Sama jugalah halnya dalam PRK Kajang 2 minggu sudah, penurunan ketara sokongan orang Cina juga dikesan sehingga 20%.

Adakah penurunan ini berlaku kerana faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dipenjarakan menyebabkan orang Cina kembali menyokong BN?

Disamping itu, ada juga dakwaan calon PKR di Balingian ini disabotaj oleh kepimpinan PKR Sarawak sendiri, terutama oleh Pengerusinya, YB Baru Bian.  Katanya Abd Jalil bukan calon pilihan Baru Bian yang lebih gemar memilih calon dari kalangan Kristian Melanau, sama seperti calon BN, Yosibnosh Balo.

Semua ini perlu disiasat dan dipersiapkan sebelum pilihanraya negeri yang akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.