Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebentar tadi mengumumkan bahawa tarikh pengundian untuk Pilihanraya Kecil DUN N51 Balingan yang dikosongkan berikutan perlantikan penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak, telah ditetapkan pada 29 Mac 2014.
Sehubungan dengan itu, proses penamaan calon akan berlangsung pada 17 Mac dan proses pengundian awal akan berlaku pada 25 Mac.
Pakatan Rakyat dijangka akan diwakili oleh calon dari PKR atau calon dari DAP - keputusan akhir akan ditentukan setelah kajian lanjut mengenainya dibuat kelak.