Muak dengan provokasi melampau Perkasa semasa sesi pendengaran kes tuntutan untuk menggunakan Kalimah Allah oleh pengarang The Herald di Mahkamah Persekutuan semalam, peguam hak asasi manusia, Siti Zabedah Kasim dilapur akan memeluk agama Kristian pada bila-bila masa dari sekarang.
Dalam kejadian semalam, Siti Zabedah dan kumpulannya dikepung oleh 100 orang ahli Perkasa semasa hendak keluar dari bangunan Mahkamah melalui jalan belakang sebaik diumumkan keputusan di tangguh ke satu tarikh lain.
Perkara ini dtmaklumkan oleh satu sumber yang rapat dengan peguam itu malam tadi kepada blog ini. Sememangnya Siti Zabedah sudah lama ingin masuk Kristian, tapi menunggu waktu yang sesuai untuk melakukannya.
Kelakuan biadap oleh ahli-ahli Perkasa semalam, membuka terus hatinya untuk menerima ajaran Kristian, menurut sumber itu lagi.
Sememangnya tidak ada manusia di dunia ini yang mahu dikaitkan dengan kelompok orang yang bersikap seperti tidak ada tamadun seperti ahli-ahli Perkasa. Diakui Islam menyeru kepada keamanan, tapi tindak tanduk orang Islam itu sendiri yang menjadikan agama tersebut semakin dijauhi.
Tidak beberapa lama sebelum ini, sekumpulan ahli-ahli Perkasa juga didapati menyembelih ayam dan menyimbah darahnya ke atas gambar pemimpin-pemimpin DAP kerana marah dengan tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok membuat video yang dikatakan menghina Najib Tun Razak.
Adakah tindakan ini sebahagian dari ajaran Islam?
Keputusan Siti Zabedah untuk masuk Kristian ini, diterima dengan baik oleh Pakatan Rakyat. Sebagai orang asli, kemasukan Siti Zabedah ke dalam agama Kristian, mampu menarik minat orang-orang asli yang lain di negara ini untuk menurut jejak langkahnya.
Bagi yang sedia maklum, majoriti orang asli di bahagian Semenanjung ini adalah beragama Islam kerana agama Kristian dan agama-agama lain tidak dibenarkan kerajaan untuk disebarkan kerana wujudnya Enakmen Menyekat Pengembangan Agama Lain di Kalangan Orang Islam.
Lagipun dikalangan orang asli, mereka memang hanya mengenali Allah sebagai Tuhan, dan perjuangan Siti Zabedah bersama-sama pihak Gereja selama ini akan menjadi lebih relevan sekiranya dia memeluk agama Kristian.
Bagaimanapun, aku masih menunggu kesahihan lanjut maklumat ini. Siti Zabedah tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan berita ini dan maklumat berkenaan hanya disampaikan oleh satu sumber yang rapat dengannya sahaja.